Murid-murid Cikgu Mira

Showing posts with label Tip dan Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Tip dan Nasihat. Show all posts

Monday, 5 March 2012

Tips ketika berdepan dgn MASALAH



Assalamualaikum..


Setiap kehidupan umat manusia, tak pernah lepas drp masalah, musibah. Lumrah kehidupan manusia mane ade yg sempurnakan.. kalau dia bhagia sekrang, blom tentu dia bhagia di kemudian hari. Setiap masalah di dunia adalah ujian drp Allah swt. Sepjg tahun 2010 adalah tahun yg penuh dgn masalh/musibah yg cikgu hadapi..bertubi2 masalah dtg dlm hidup cikgu. Hanya Allah swt, keluarga dan kawan2 yg slalu m'beri semngat utk hidup. 
Macam2 dugaan kita dpt sbb Allah nk uji sejauh mane kekuatan iman kita terhadapNya bila ditimpa musibah. Ingatkah kita pdNya...








Jom cikgu bg tips utk hadapi masalah yg kita hadapi...




SIASAT TERLEBIH DAHULU


Andai kata kamu ade masalah, ape kate siasat dulu. Jgn terus melatah or terjah tak tentu pasal je. Tak ke malu nanti bila tuduh org sana sini padahal semua tu fitnah semata-mata. Kadang2 org dengki dgn kita, bukan kita tahu walaupun kita tak buat jahat kt org lain, tp org dengkikan dgn kelebihan kita. Ape2 pun siasat dulu kebenarannya.




BERISTIGHFAR


Sentiasa beristighfar apabila ade mslh. Ingat! setiap dugaan dtg drpNya juga..




BERFIKIRAN POSITIF


Fikiran positif selalu cikgu terapkan dlm kamus hidup cikgu. bukan ape, kadang2 tu kan, masalah kita nie sbg cabaran dlm hidup. kalau hidup asyik happy je atau hidup asyik seronok je pon x best jugak kan. bukan tak nak bersyukur ble kita spt kesenangan tapi cikgu takut cikgu lupa pd yg Maha Esa. cikgu takut ble dh seronok sgt smpai leka dan trus lupa yg kita dpt kesenngan tu drp Allah jugakkan. Oleh itu, ade masalah ke, tak de mslh ke sentiasalah berfikiran positif. InsyaALLAH..segala masalah dpt diselesaikan dengan tenang. =)




REDHA


PASRAH itu menyerah, REDHA itu ikhlas. Haaaa, tau dah ayat dr mne kan. Btul redha itu ikhlas. Segala masalah/musibah yg kita hadapi kita perlu redha. Cikgu kehilangan seorang lelaki bergelar abah, meninggal dunia secara mngejut pd tahun 2010..pd mse tu cikgu sgt2 down. Rase xnak hidup, hilang tmpat bergantung. Tapi bila difikirkan balik semua tu adalah ketentuan Ilahi, cikgu redha pemergian beliau. Walaupun terlampau syg, kalau ditakdirkan tidak dpt bersama dlm masa yg pjg itu adalah ketentuanNya.




SABAR dan TABAH


"Sabar mira.. ko kene TABAH mira" 
Ayat tu slalu sgt diungkapkan ble kita ade mslh dan kawan2 dtg bg semngat kan. Kadang2 kita akan ckp 'kau x rase ape yg aku rase skng'...btol mmg org lain x rase mslh yg kita hadapi, tp dlm masa yg sama kita kne tanamkan sifat sabar dan tabah dlm diri. Ble sifat tu ade dlm diri, kita sendri akan tenang dan takkan merungut ble ditimpa mslh.










p/s: Ujian dtg drp Allah swt...selesainya sesuatu ujian kita juga bantuan drp Allah swt. =)

Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Friday, 13 January 2012

Tanda-tanda seseorg itu curang





CURANG...
Menurut kamus dewan edisi ke4..curang bermaksud tak jujur, tak setia dgn pasangan dan mnjalinkan hubungan dgn org lain.



  • dulu sayang, skng awak...dulu b, skng cik bab.....
  • kalau ade call msti lambat nk angkat, kdng2 dua tiga kali call bru angkat.
  • ble dh call byk plak alasan yg kluar
  • bila msg kul 3 petang..kul 3 pgi bru balas.
  • suka cari point utk gaduh even dia lngsung xde point utk gaduh
  • ble bjumpa cakap sepatah jwb sepatah...kadang2 tu ble tnye soalan yg cepumas die suka ubah2 topik
  • kalau b'jumpa silent hp tak pon off trus hp tuu
  • kalau jumpe jgn harap korg nak dpt pegang hp dia
  • kalau jumpe, hp tu dia simpan..kalau korg nak tgu jap.... *delete msg, delete call la tuuuu
  • suka marah2 tak tentu pasal..hari2 dia period xkira la laki ke pompuan 
  • tbe2 mintak bg masa utk dia ruang sendiri,jgm ggu??? LAH! sblum nie xde ruang keee
  • susah bertentang mata ble b'jumpa...muka cm mgelabah
  • kalau kuar ng korg kan..dia cm takot2, pandang kiri kanan mcm takut ada org tahu yg korg b'dua kuar.pdhal korg couple/suami isteri
  • kadang2 tu tersasul pgl nama korg. pergh!!! kalau nama mak kita xpe gak..HAHA


p/s: berdasarkan pengalaman sumenye akan ku kongsikan..HAHAH, sape la yg pnah curang ng cikgu mira tuu..isk3.



Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Friday, 6 January 2012

Sikap Wanita yg disukai Lelaki

Jeng3...


Wanita solehah adalah sebaik2 perhiasan indah di dunia. Inilah slah satu persediaan kita utk m’jadi wanita yg disukai seseorg lelaki atau bakal suami.
Banyak lelaki selalunya terpikat dgn wanita yg bersifat keibuan, lembut, penuh kasih syg dan mngambil berat. Wajah keibuan pula blh buat seorg lelaki tu tenteram ble dia stress, gelisah dan cemas. Sbb tu juga laki nie syg pda ibu mereka, ble ada mslah blik jmpe ibu mereka. =)

 

MENGHARGAI
Bagi lelaki, dia suka wanita yg mhargai lelaki. Berbeza dgn wanita yg nak diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn ikhlas dan diberi kpercayaan. Penghargaan drp wanita m’buatkan lelaki brasa bangga.

KEANAK-ANAKAN
Wanita ni ada satu sikap keanak anakan kalau kita sndri perasan kan. Laki suka dan kadang2 terhibur dgn sikap kita yg kebudak budakan. Tapi jgn la slalu sgt jd cam budak2, tu boleh buat lelaki rasa jengkel dan meluat. Misalnya, kemanjaan wanita yg m’bangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki.

PENUH PENGERTIAN
Sikap pergertian wanita buat lelaki dihargai dan diterima seadanya. Perasaan mudah memaafkan, memilih waktu tetap utk berbincang msalah dan sbgnya. Contohnya, kalau teman lelaki korg buat hal, yg wanita takkan terus sembur kata2 kasar sebaliknya memilih waktu sesuai utk bincang dan mengerti segal yg berlaku.

MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka pd wanita yg tahu hormat diri sendiri. Sbg seorang wanita, susah tentu kita ade sikap sopan santun, tahu etika diri sbg wanita kan. Kalau wanita hormat diri dia, wanita ada keyakinan dan tahu baik buruk ble seorang lelaki lakukan sesuatu terhadap diri wanita. Jadi seorang wanita akan tahu elakkan diri drp maruah diri dia tercalar. Dia takkan merendah-rendahkan dirinya dan membiarkan lelaki lakukan sesuka hatinya terhadap diri dia.

MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki nie suka tgk semua yg cntik dimatanya terutamanya wanita yg pandai jaga penampilannya. Seorang wanita itu perlulah sentiasa bersih, cantik, kemas dan menarik. Penampilan seseorang dapat menunjukkan sikap wanita tu sebenar. Wanita yg murah dgn senyuman, pandai rawat tubuhnya, tingkatkan kualiti hidupnya dan sentiasa bersyukur dgn apa yg ada pd dirinya sendiri. Lelaki akan terpesona dgn tarikan diri wanita yg sentiasa bersyukur dan tidak mgubah sifat fizikal yg telah Allah kurniakan.

PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai dan bijak berkomunikasi. Selalunya topik perbualan lelaki dan wanita banyak bezanya. Lelaki akan rasa kagum dgn wanita yg boleh terima dan pandai berbicara topik yg diminati lelaki dan mengimbangi topik yg dibualkan. Dia juga bukan sbg teman berbual yg pasif, malah dpt memberi respon dan pendapat yg baik. Lelaki juga suka dgn wnita yg pandai bergurau dan boleh trima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka dgn wanita yg murah hati, mgambil berat, simpati pada org yg susah, sygkan kanak2 dan tidak memilih bulu. Kebaikan seseorang wanita itu akan terpancar secara spontan dan dpt cerminkan diri dia yg sbenar. Ada kecantikan dalaman pd dri wanita yg buat lelaki tertarik pd wanita.

*gmbar hiasan

p/s: Nanti kita buat wanita tertarik dgn lelaki mcm mane pula yer =)


Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Kenali Org yg BERBOHONG melalui mata


Assalamualaikum...

Tau org menipu kita cmne? Kadang2 kita dpt tngkap dia menipu kita terutama kawan kita. Sesetengah org menipu utk kebaikan tp yg byknya menipu ni byk negatif kan kan kan. Oke skng nie mira bg tips kalau membantu la kan cmne nak tngkap orang yg tipu kita nie. Kalau kwn baik kita dia tpu tentu dh dpt tngkapkan sbb kita kenal sgt prngai kwn baik kita.

TANGAN
Kalau kita tgk org berbohong nie kan, tgn dia mesti duk x diam. Dlm keadaan yg sma msa tgah bckp dgn kita dia akan cube gosok dua2 blah tgn ke, tutup mulut ke. Kita leh nmpak dia akan capai ape yg ade dpn mata,pastu main2 dgn pen ke, conteng mane2 ke.tanpa pndang mke kita. Dia akan guna ape sje alatan supya dpt tutup tipu dia. Lebih ketara kalau dia bhong die cepat2 ubah topik. Kalau dia dpt ubah topik ekspresi mke dia tenang je, pastu rse lega. Tapi kalau yg jujur dia xkan ubah topik yg sedng kita bualkan.
* kalau yg jenis habit gosok tgn tu lain la ea..

NADA SUARA
Melalui nada suara kita dpt lihat, kejap2 suara dia jd tinggi kejap2 suara rendah. Paling tidak pon dia cm tgah pkir sesuatu sbb nak cari helah berbohong dan perbualan dia tak lancar mcm selalu. Kita blh tgk dahi dan juga bibir dia, sume jadi xbtol ble tipu.

TUBUH
Kalau melalui tbuh pula, dia nampak berpeluh sedangkan duduk dlm blik b’aircond. Dia akan duduk x diam atas kerusi, pusing2 krusi yg beroda tu, main sesuatu dlm tangan dia. Nafas dia pun nampk mngelabah semacam. Dr situ korg leh detect dah.

MATA
Selepas kita tnya soalan pastu kwan kita jawab, sekiranya bola mata kwan kita tu pandang ke kiri bmakna dia jwab jujur. Kalau sebaliknya, beerti dia sedng berbohong dan x benar.
Ini krna bhagian otak kiri kita b’fungsi sbg Auditory Memory, manakala otak kanan pula utk kreativiti. Maka apabila bola mata kita ke kirai, beerti kita tgah berusaha mengingati sesuatu. Namun jika sebaliknya, dia sedng mnyusun atau mngambarkan sesuatu sbg jwapan yg lain. Hali ini krn, bhagian kreativitinya sdang bkerja utk mgarang alasan ataupun cerita bohong.


p/s: Orang yg berbohong x kan berani pandang mata kita, apatah lg nk jumpa kita dan ckap perkara sebenarkan. Hati2 la ea kawan2

Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Sunday, 11 December 2011

‎7 Tips hilangkan rasa Sedih



1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja korang sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. 

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan korang, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Korang takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian korang kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.




2. Buang Sikap Risau. 
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa korang minta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan korang dari segi fizikal dan mental. Risau membuat korg selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri korg mengawal.



3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang korg ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana korg masih ada 5 deria yang lengkap, korg boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Korg ada kawan rapat yang memahami korg dan hanphone kesayangan korg. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri korg. Buat banyak kali dalam sehari contoh dlm Solat
.




4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda korg. 

Ketahuilah, korg selalu rasa sedih dan kecewa sb korg x memaafkan kesalahan diri korg di masa lalu ataupun korg x memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri korg satu ketika dulu, ataupun…korg susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri korg, yang membuat korg sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri korg. 





5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan korg dan menjadikan korg girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri korg dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar korg boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan korg boleh ketawa? Come on…





6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada korg, cari cara bagaimana korg boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki korg murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada korg. Korg menjadi apa yang korg mahukan. 


Buat apa fikir yang buruk sedangkan korg blh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, korg dpt yg buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction. 








7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan korg di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang korg lakukan pada orang lain, mungkin ada walau korf tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.




Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk korg. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya. =)


Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Saturday, 5 November 2011

8 Tanda Si Dia Ikhlas dgn KAMU.

1. Bersahaja
Dia x kan b’pura-pura menjadi orang lain atau berlakon  baik semata-mata mahu menambat hati kamu. Sebaliknya si dia akan kelihatan tenang dn bersahaja dgn kamu.

2. Gembira bersama
Tiada paksaan atau lakonan kt muka dia. Ekspresi muka dia jelas terpancar ble korg berjumpa atau menghabiskan waktu bersama.

3. Terima kamu seadanya
Dia menerima kelemahan dan kekurangan yg ada pada kamu. Tu yg penting xkira la awak tu kurus ke, berisi ke, tinggi dr dia ke. Dia xkn paksa utk kamu berubah smata2 utk dia.

4. Jujur
Baik dr segi percakapan ataupun perbuatan, dia ikhlas dn berterus terang dgn kamu. Slalunye kalau seorg yg kaki perempuan ayat dia sntiasa manis kan. Tp beza dgn org yg jujur dia akn gune bhsa yg bershaja aje.

5. Hormat
Di awal perkenalan kamu dgn dia, tak pernah dia mengambil kesempatan terhadap kamu atau mengasari kamu. Walaupun stlah lama berkawan, perangai si dia ttp sama.

6. Bertemu dgn keluarga
Jika dia mmg ikhlas, dia tdk akan kberatan utk berkenalan dgn keluarga kamu dan membawa kamu berjumpa keluarganya. =)

7. Tidak menyembunyikan kawan
Orang yg ikhlas berkawan kamu tidak akan menyembunyikan kawan-kawannya drp kamu dan bersikap terbuka.

8. Mengambil berat
Walaupun sesibuk mane pun dia, dia tetap akan menghubungi kamu walaupun sekejap hnya utk bertanya khabar kamu. Kesungguhannya mengambil berat ini membuktikan dia menghargai kamu sbg pasangannya.



·      * Aku terasa ayat aku skema habis.. hahaha.

     Sila tersenyum jika pasangan kamu ade tunjuk tanda2 mcm ni. =)

          Untong laaaa.... heeee.




Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Wednesday, 2 November 2011

Tips Penjimatan minyak!

Minyak minyak minyak......

OKE aku pon skng sgt sensitip ng minyak2 nie.
xkire la org minyak ke, muke berminyak ke, nasi minyak ke, minyak masak ke..tu sume xkisah lagi..

Ni sal MINYAK PETROL!
HU...seliter brape hengget??  rm2.90 kalau x silap laa. * kalau xbtol tegur ye =)



Oke merapu..aku pun sebagai pengguna kenderaan bertayar empat,heee..nie ade tips jimatkan minyak.


1. Beli petrol ketika suhu x panas


maksudnya, kalo nk isi minyak kan. waktu pagi-pagi atau waktu malam. Sebab masa-masa cmni isipadu petrol lbh padat dan pam petrol hnya ukur isipadu bahan bakar dan bukan ketumpatannya. Kalau ikut teknikal la kan, korang dpt lbih byk petrol berbanding waktu tgahari. 
 * tp kalo minyak nk abis dh jgn la tgu smpai mlm plak.kang kne tolak.jemm!


2. Pandu ikot had laju


hahah..oke yg nie kadang2 aku pon terbabas smpai 140km/jam..uih laju nya. tipu2..smpai 130km/jam je. yg sebtulnye kalau hampa tgk smpai 110km/jam je kan kan kan kt highway tu. kalau kte pandu 110km/jam akan guna 20% lebihan petrol berbanding kelajuan 90-100km/jam.


3. Elak gune penghawa dingin slalu


panas eh? jgn la hampa tutup aircond tuh time tengahari. cmfirm la pnas. kirenye time mlm2 ke, pagi2 kan dpt udara yg segar. time nie hampa dpt jimat 10% hingga 20% ekonomi bahan bakar .aku suka udara pagi2, yg ade kabus2. 
hee *tbe2. 


4. Jangan memandu dgn cermin terbuka


oke yg nie time kat highway. aku tau ade gak yg bkak tingkap, kuat kot angin tmbh2 bw laju kan. kalau hampa tgh bawa laju, time nie kecekapan bahan bakar berkurangan 10%. lbh baik bkak je aircond tu, selamat pon selamat.


5. Jangan biar kan enjin minyak hidup terlalu lama tanpa bergerak.


same jugak lah, aircond buka, enjin hidup dah sah2 minyak petrol berkurangan walaupun sejuk dlm aircond.


6. Periksa tekanan tayar


keadaan tayar yg kurang angin akan m'gurangkan kecekapan bahan bakar sbyak 2% utk setiap PSI di bawah tekanan sebenar. lagi satu, keadaan tayar mcm ni akan buat jangka hayat kereta lebih pendek.


7. Kurangkan bebanan dlm kereta


Buang lah segala aksesori yg xberkaitan dgn kete tuh. cume letak brg2 yg penting saje dlm bonet tu.  *yg nie aku terasa, sb dlm kete penuh kasut.haha.




Sekian, terima kasih sb sudi baca. =)
Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Tuesday, 20 September 2011

Gadis! Jangan mudah TERGODA.

Salam....
Hyee!! ( excited lebih yaww )
Entry kali nie sal gadis malaya di luar2 saneee..ehem3, mira pon gadis =))


Selalu kita tgk kan si gadis suka sgt tergoda kalau laki tu senyum kat dia, lps tu mula la perasan n bkata " eh mamat ensem tu senyum kat aku lah! " yg kawan dia pon lyn jerrr "oke"


Tak pon kalau kat kolej or tmpat kerja korg " eh mamat tu pkai kete bmw laaa! kan untung kalau dia boyfie aku"
Erk! kalau dia bw kete bapak dia or boss dia cmne? korg still nk admire ke kat dia?? teeeeeeetttttttt!


Soo, kepada si gadis, xperlu lah korg nk tergoda dgn sifat zahir yg lelaki tu ade. Kadang-kadang spandangan zahir tu x seiring dgn kebenarannya. Even kalau korg dah ade boyfie pon, trime la dgn seadanya. x perlu demand nk suh boyfie korg ade kete, pkai hp mahal, byk duit, lain la kalau dia anak tan sri ke, dato' ke...No wonder la kannnnnn~ untong laaaa


Jom mira nk share tips yg ade nie =)


1.  Jangan terlalu mabuk cinta.


Yela zaman skang kan sume femes bab kapel2 nie.tambah2 bile dh ade 'MUKABUKU' nie kan.lagi la...kalau yg jenis tgah mabuk cinta tu kalau boleh sume nk post kat wall gf/bf dia.nk tunjuk yg org tu kepunyaan dia. so xde org leh kacau. bg dia satu dunia tau yg dia tu kapel. * mcm xleh msg kat hp kan. tp egt la, wahai si gadis jgn terlalu taksud dgn cinta. Lelaki mmg suke lontarkan kata-kata cinta, si gadis pula jgn la berkhayal b'panjangan. Ingat! berpijak pd bumi yg nyata!


2.  Jangan terhasut dgn keinginan.


Haaa..yg nie. pada gadis, awak xperlu la terlalu berharap utk dpt kan jejaka pilihan hati andai kata si jejaka tu  x lyn, selalu lyn byk perempuan. alamatnya korg makan hati je bile tgk jejaka pilihan korg tu lyn pompuan lain. Ape-ape pun siasat dahulu latar belakang jejaka tu, kenal dulu hati budi. Pada yg single, tak perlu terburu-buru. Jodoh awak dh ditentukan Ilahi. InsyaAllah. =)


3. Jangan terlalu teruja dgn populariti.


Famous?? Gadis jgn terlalu teruja bile dpt dekati dgn lelaki yg popular kt sekolah/kolej/tmpat kerja kamu. Mentang2 la dia ensem,kaya sume org nk rapat dgn dia terus nk trime cinta dia. Pd awalnya kamu kenal pon x sgt kan, mane tau ntah2 dia ade sikap yg menjengkelkan. Yelah, bkn semua org sempurna, ttp ade kekurangannya kan.


4.  Jangan pandang hartanya.


Kalau jejaka pilihan kamu kaya punyai kereta mewah, kamu dh mula bygkan yg indah2. Sedarlah, harta hnyalah pijaman, blm tentu kekayaan membawa kamu bhagia berpanjangan.


5.  Jangan terpengaruh dgn situasi.


Jgn terlalu terdesak mencari cinta. Kamu tau yg kawan2 kamu semua tgh asyik bercinta sedangkan kamu tiada kekasih pon. Kamu pula nk syg n disygi dan terus terima lelaki yg belum tentu jodoh kamu. Bersabar lah, Allah ciptakan manusia berpasang-pasangan, teruskan berdoa utk bertemu dgn Mr Right kamu!


6.  Jangan percaya dgn 'benda karut'


Maksud mira ialah benda karut tu mcm zodiak dlm majalah tu, kononnya kekasih kamu bosan dgn kamu, akan ditinggalkan. hey hey, itu hanyalah tafsiran zodiak kamu. andai kata kamu serasi dgn pasangan kamu, x perlulah terlalu taksub dgn zodiak tu.




Kesimpulan yg mira boleh buat setiap drp kita akan bertemu jejaka dunia akhirat kamu. Lambat atau cepat semua tu jodoh kamu. mmg kita ckp ade jodoh ade la, tp kita perlu berusaha juga bkn tgu jodoh dtg dgn sndri kan. Ape yg berlaku dlm dunia nie semua ade hikmah sebaliknya. GADIS sekalian, jikalau dh ade pasangan sendri, jgn terlalu sygkan 100% pada kekasih kamu, simpan sikit syg tu utk dri sndri, utk keluarga dan utk Allah SWT. 


Sentiasa lah bersujud padaNya, mohon pdnya kebahagiaan dunia dan akhirat.


Trime kasih sbb baca entry nie! =))




Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)