Murid-murid Cikgu Mira

Tuesday 20 September 2011

Gadis! Jangan mudah TERGODA.

Salam....
Hyee!! ( excited lebih yaww )
Entry kali nie sal gadis malaya di luar2 saneee..ehem3, mira pon gadis =))


Selalu kita tgk kan si gadis suka sgt tergoda kalau laki tu senyum kat dia, lps tu mula la perasan n bkata " eh mamat ensem tu senyum kat aku lah! " yg kawan dia pon lyn jerrr "oke"


Tak pon kalau kat kolej or tmpat kerja korg " eh mamat tu pkai kete bmw laaa! kan untung kalau dia boyfie aku"
Erk! kalau dia bw kete bapak dia or boss dia cmne? korg still nk admire ke kat dia?? teeeeeeetttttttt!


Soo, kepada si gadis, xperlu lah korg nk tergoda dgn sifat zahir yg lelaki tu ade. Kadang-kadang spandangan zahir tu x seiring dgn kebenarannya. Even kalau korg dah ade boyfie pon, trime la dgn seadanya. x perlu demand nk suh boyfie korg ade kete, pkai hp mahal, byk duit, lain la kalau dia anak tan sri ke, dato' ke...No wonder la kannnnnn~ untong laaaa


Jom mira nk share tips yg ade nie =)


1.  Jangan terlalu mabuk cinta.


Yela zaman skang kan sume femes bab kapel2 nie.tambah2 bile dh ade 'MUKABUKU' nie kan.lagi la...kalau yg jenis tgah mabuk cinta tu kalau boleh sume nk post kat wall gf/bf dia.nk tunjuk yg org tu kepunyaan dia. so xde org leh kacau. bg dia satu dunia tau yg dia tu kapel. * mcm xleh msg kat hp kan. tp egt la, wahai si gadis jgn terlalu taksud dgn cinta. Lelaki mmg suke lontarkan kata-kata cinta, si gadis pula jgn la berkhayal b'panjangan. Ingat! berpijak pd bumi yg nyata!


2.  Jangan terhasut dgn keinginan.


Haaa..yg nie. pada gadis, awak xperlu la terlalu berharap utk dpt kan jejaka pilihan hati andai kata si jejaka tu  x lyn, selalu lyn byk perempuan. alamatnya korg makan hati je bile tgk jejaka pilihan korg tu lyn pompuan lain. Ape-ape pun siasat dahulu latar belakang jejaka tu, kenal dulu hati budi. Pada yg single, tak perlu terburu-buru. Jodoh awak dh ditentukan Ilahi. InsyaAllah. =)


3. Jangan terlalu teruja dgn populariti.


Famous?? Gadis jgn terlalu teruja bile dpt dekati dgn lelaki yg popular kt sekolah/kolej/tmpat kerja kamu. Mentang2 la dia ensem,kaya sume org nk rapat dgn dia terus nk trime cinta dia. Pd awalnya kamu kenal pon x sgt kan, mane tau ntah2 dia ade sikap yg menjengkelkan. Yelah, bkn semua org sempurna, ttp ade kekurangannya kan.


4.  Jangan pandang hartanya.


Kalau jejaka pilihan kamu kaya punyai kereta mewah, kamu dh mula bygkan yg indah2. Sedarlah, harta hnyalah pijaman, blm tentu kekayaan membawa kamu bhagia berpanjangan.


5.  Jangan terpengaruh dgn situasi.


Jgn terlalu terdesak mencari cinta. Kamu tau yg kawan2 kamu semua tgh asyik bercinta sedangkan kamu tiada kekasih pon. Kamu pula nk syg n disygi dan terus terima lelaki yg belum tentu jodoh kamu. Bersabar lah, Allah ciptakan manusia berpasang-pasangan, teruskan berdoa utk bertemu dgn Mr Right kamu!


6.  Jangan percaya dgn 'benda karut'


Maksud mira ialah benda karut tu mcm zodiak dlm majalah tu, kononnya kekasih kamu bosan dgn kamu, akan ditinggalkan. hey hey, itu hanyalah tafsiran zodiak kamu. andai kata kamu serasi dgn pasangan kamu, x perlulah terlalu taksub dgn zodiak tu.




Kesimpulan yg mira boleh buat setiap drp kita akan bertemu jejaka dunia akhirat kamu. Lambat atau cepat semua tu jodoh kamu. mmg kita ckp ade jodoh ade la, tp kita perlu berusaha juga bkn tgu jodoh dtg dgn sndri kan. Ape yg berlaku dlm dunia nie semua ade hikmah sebaliknya. GADIS sekalian, jikalau dh ade pasangan sendri, jgn terlalu sygkan 100% pada kekasih kamu, simpan sikit syg tu utk dri sndri, utk keluarga dan utk Allah SWT. 


Sentiasa lah bersujud padaNya, mohon pdnya kebahagiaan dunia dan akhirat.


Trime kasih sbb baca entry nie! =))




Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Saturday 17 September 2011

Sikap wanita yg disukai LELAKI..


Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.


1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…


Share from someone..thanx...

Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Saturday 3 September 2011

Subhanallah..

Salam...


SELAMAT HARI RAYA SEMUA!! =)


Mira nk update sal raya thn nie yg agak hambar, tp nt la kay..
Tunggguuuuuuuuuuuuu




Nak gtau je n sebarkan jikalau ade sape2 yg bermain game yg menghina Islma nie..
Subhanallah..








Ada antara kita yg xsedar semua nie...sebarkan la..
Masih belum terlambat..




Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)