Murid-murid Cikgu Mira

Monday 21 January 2013

Resepi Blueberry Cheese Cake


Assalamualaikum...

Heee, x benda lain nak update ke mira?? syik2 resepi je. HAHA. Well, selagi masih berkesempatan nak main masak-masak ni, slagi tu la mira masak. HIK3





Bahan-bahan :

500 gram cream cheese (philadelphia)
3/4 cawan gula kastor
4 biji telur
100 ml whipping cream
1 sudu teh esen vanila


Bahan utk base:

Biskut digestive ( ikut suka nak kisar brape keping )
75 gram / dua sudu mentega/butter


Bahan utk topping:

Blueberyy filling
Biskut digestive (hancurkan guna tgn saja)



Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius.
2. Utk based - Kisarkan biskut digestive dan gaulkan bersama butter yang telah dicairkan. Gaulkan sehingga boleh dikepal. Ratakan di dalam loyang.
3. Selepas diratakan, simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia utk digunakan.
4. Utk kek - putarkan cream cheese bersama gula kastor sehingga kembang.
5. Masukkan esen vanila dan putar.
6. Masukkan telur sebiji demi sebiji. putarkan.
7. Masukkan whipping cream dan putarkan.
8. Adunan sebati, masukkan bahan ke dalam loyang berisi biskut tadi.
9. Bakar dalam suhu 180 darjah celsius selama 40-45 minit.
10. Apabila sejuk, hiaskan dengan biskut digestive dan blueberry filling.
11. Simpan di dalam peti sejuk. ( Cheese cake perlu dihidang sejuk. )


SELAMAT MENCUBA!!




Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)