Murid-murid Cikgu Mira

Tuesday 8 May 2012

Cara mudah tampal manik pd tudung bawal



Assalamualaikum...

Entry mira tak habis2 sal tudung kan kan kan..
Memang la, sebab mira pon pkai tudung, so banyak tentang tudung la. heee
Oleh kerana mira ada tudung bawal yg kosong dan banyak warna, jadi mira dengan suka hati tambah sendiri manik di atas kepala. Mudah!


Beli manik tampal tu kat kedai yang ada jual barang2 jahitan atau kedai yang ada org jual barang2 hantaran tu, banyak pilihan. Pilih mana yang berkenan d'hati. Kalau mira, mira pilih yg banyak manik tapi corak yang simple. 

contoh macam ni

Mula2....

Tudung dibentukkan segitiga. Tanda betul2 atas kepala tu bg "center", pastu lekatkan. Kedudukan manik tu ikut suka la nk ke depan ckit ke, ke belakang ckit ke, janji nanti dah lekat jadi cntik jee. 

Seterika sekali sahaja. Sebabnya nak bagi manik dan plastik tu melekat betul2 kat atas tudung tu. Pastikan suhu seterika tidak terlalu panas.

Kemudian, tudung yang dilipat segitiga tadi dibuka semula, pastikan tudung tu dilapik dengan tudung yang sama di atas manik tu semasa seterika. Plastik manik jangan dibuka dan seterika sehingga manik tadi betul2 melekat pada tudung.

Plastik manik ditarik perlahan-lahan. Kalau manik tu ada yang tak lekat lg, seterika semula bersama plastik sehingga betul2 melekat.

Untuk kesan yang lebih baik, seterika sekali lagi di atas manik tadi.

Terbalikkan tudung, seterika di belakang manik. Okey, SIAP!

Taraaaaa!!  Tadi mira buat kat tudung adik, atas tu tudung mira. ngee~


Senyumlah selalu! Pasti sentiasa muda atau perasan muda. #hewhew


Sebelum tu, jom tgk entry ini >>> Contest Precious Colour <<<





Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Wednesday 4 April 2012

Jatuh cinta dengan DURIAN BELANDA


Assalamualaikum...

Haaaaaaaa, cikgu jatuh cintaaaaaa!! <3 <3
HAHAHAH!

Tahukah anda buah apa ini??




-
-
-
-
-
-
-
-
-
-







Yaaaaaaa betul!! DURIAN BELANDA....
Pandai anak murid cikgu nie.


Untuk pengetahuan semua, cikgu sebenarnya tak makan DURIAN!
yer durian yang isi kuning tuuuu, yang ble musim durian sume org ckp durian Batu Kurau sedap tuuuu
Padahal kampung ibu abah cikgu kat batu kurau tu..tapiii...
Sayangnya, cikgu takkan makan walaupun seulas dan tidak sesekali akan masuk ke dalam perut kecil ku ini.


Pernah cuba makan, tapi akhirnya cikgu muntah.......
Isk...biaq p la hampa nk kata cikgu jakun ke, rugi ke yg penting mmg tak makannn.
LALALA...


TETAPI!
DURIAN BELANDA baru shja mengorat cikgu dan aku dah makan. HAHA!
kenapa aku makan? sbb isi dia lain, rasa pun lain dan sedap!



Ce tgk isi dia putih bersih gituuuu


Kepada sesiapa yg sama mcm cikgu tak makan durian biasa tu..
ce alih arah mkn durian belanda neh. Sedap baq hg! 
Air durian belanda pon sedap... durian tak de air kan? serawa/bubur durian tu ade laa


Heeee, tu saja pengalaman cikgu merasa buah durian belanda kak Ina 
Kak Ina bawa sbb dia tanam buah durian belanda nie kat rumah dia..
So dia ajak la cikgu2 merasa, skali rasa dah JATUH CINTA.


nak lagiiiii!!! ^^




Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Tuesday 27 March 2012

Kucing haiwan paling comel



Assalamualaikum...

Tatkala cikgu Mira sibuk dengan proposal, murid-muird nakal kat skolah, asgmnt...
Cikgu Mira sempat tgk video yg mencuit hati gituuuuuu.

HAHAHA...


Alahai..mmg sedap dia landing atas kpale tuan dia kan..
Ingat tilam ke men tukar2 posisi tangan tu..hahah.

LAYANNNNNN~


p/s : Jom sambung wt kijaaaaaa.. =,=



Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Wednesday 14 March 2012

Lelaki dan Perempuan patut tahu!





PEREMPUAN PERLU TAHU

  • Seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi, tidak kira bagaimana sukar keadaan sekali pun.

......................

LELAKI PERLU TAHU
  • Seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan memarahi anda untuk banyak perkara, tetapi masih terus menerima anda seadanya walaupun anda telah menyakiti hatinya.



Love,


Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Monday 12 March 2012

Kenapa lelaki sukar melafazkan maaf?


huh! i tau u ensem x perlu la buat muka cmtuh

Berbanding wanita, lelaki adalah insan yg sukar menutur kata maaf. Walaupun ada yg mungkin diragui oleh lelaki, namun hakikatnya lelaki mmg sukar berbuat demikian lebih2 lg kalau buat slh pd pasangan sendiri. Okay, jom kita tgk nape laki susah benorr nak lafaz kata maaf dgn ikhlas.



  • sbb laki nie EGO dia sgt laaa tinggi
  • tak nak tunjuk kelemahan diri
  • sgt tak suka ngaku kslahan sendiri
  • bimbang maaf tak diterima (malu lettew)
  • tindakan berbicara lebih jelas drp kata2 (biasa la pompuan kan suka berkias2)
  • susah bersemuka

Susah sgt ke lafaz MAAF?

" Awak, saya minta maaf...sy tau sy salah" >> haaa kan senang, sejuk hati gf kamu.

Bukan susah pon, hati perempuan nie lembut walaupun korg tgk dia kasar. Allah dh ciptakan perempuan dgn hati yg lembut, senang terluka tapi mudah memaafkan. Memang akan ambil masa utk perempuan maafkan, tetapi percayalah, kalau tak putus asa...dan sanggup ubah sikap dan tak ulang perkara tu lg..awak dimaafkan. =)



Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Friday 9 March 2012

Jangan perlakukan IBUMU sebegitu


Assalamualaikum....

Sesungguhnya Syurga dibawah telapak kaki ibu


KLIK SINI utk maklumat lanjut..



Mengalir air mataku melihat video ni...
Doa utkmu ibu..moga anaknya diberi petunjuk dan mem0hon kemaafan di atas kesilapannya memperlakukan ibunya sebegini..
kita jgn mudah mengata org lain, kita tdk tahu kesempitan yg berlaku terhadap anaknya..dan mengapa dia lakukan sedemikian terhadap ibunya...

Sama2 kita renungkan..hargai ibu atau ayah kamu semua selagi masih bernyawa. 
jgn sia2kan tanggungjawabmu sebagai seorang anak..
Jadilah anak yang solehah yg sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa kamu.



Salam.


Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Monday 5 March 2012

Tips ketika berdepan dgn MASALAH



Assalamualaikum..


Setiap kehidupan umat manusia, tak pernah lepas drp masalah, musibah. Lumrah kehidupan manusia mane ade yg sempurnakan.. kalau dia bhagia sekrang, blom tentu dia bhagia di kemudian hari. Setiap masalah di dunia adalah ujian drp Allah swt. Sepjg tahun 2010 adalah tahun yg penuh dgn masalh/musibah yg cikgu hadapi..bertubi2 masalah dtg dlm hidup cikgu. Hanya Allah swt, keluarga dan kawan2 yg slalu m'beri semngat utk hidup. 
Macam2 dugaan kita dpt sbb Allah nk uji sejauh mane kekuatan iman kita terhadapNya bila ditimpa musibah. Ingatkah kita pdNya...








Jom cikgu bg tips utk hadapi masalah yg kita hadapi...




SIASAT TERLEBIH DAHULU


Andai kata kamu ade masalah, ape kate siasat dulu. Jgn terus melatah or terjah tak tentu pasal je. Tak ke malu nanti bila tuduh org sana sini padahal semua tu fitnah semata-mata. Kadang2 org dengki dgn kita, bukan kita tahu walaupun kita tak buat jahat kt org lain, tp org dengkikan dgn kelebihan kita. Ape2 pun siasat dulu kebenarannya.




BERISTIGHFAR


Sentiasa beristighfar apabila ade mslh. Ingat! setiap dugaan dtg drpNya juga..




BERFIKIRAN POSITIF


Fikiran positif selalu cikgu terapkan dlm kamus hidup cikgu. bukan ape, kadang2 tu kan, masalah kita nie sbg cabaran dlm hidup. kalau hidup asyik happy je atau hidup asyik seronok je pon x best jugak kan. bukan tak nak bersyukur ble kita spt kesenangan tapi cikgu takut cikgu lupa pd yg Maha Esa. cikgu takut ble dh seronok sgt smpai leka dan trus lupa yg kita dpt kesenngan tu drp Allah jugakkan. Oleh itu, ade masalah ke, tak de mslh ke sentiasalah berfikiran positif. InsyaALLAH..segala masalah dpt diselesaikan dengan tenang. =)




REDHA


PASRAH itu menyerah, REDHA itu ikhlas. Haaaa, tau dah ayat dr mne kan. Btul redha itu ikhlas. Segala masalah/musibah yg kita hadapi kita perlu redha. Cikgu kehilangan seorang lelaki bergelar abah, meninggal dunia secara mngejut pd tahun 2010..pd mse tu cikgu sgt2 down. Rase xnak hidup, hilang tmpat bergantung. Tapi bila difikirkan balik semua tu adalah ketentuan Ilahi, cikgu redha pemergian beliau. Walaupun terlampau syg, kalau ditakdirkan tidak dpt bersama dlm masa yg pjg itu adalah ketentuanNya.




SABAR dan TABAH


"Sabar mira.. ko kene TABAH mira" 
Ayat tu slalu sgt diungkapkan ble kita ade mslh dan kawan2 dtg bg semngat kan. Kadang2 kita akan ckp 'kau x rase ape yg aku rase skng'...btol mmg org lain x rase mslh yg kita hadapi, tp dlm masa yg sama kita kne tanamkan sifat sabar dan tabah dlm diri. Ble sifat tu ade dlm diri, kita sendri akan tenang dan takkan merungut ble ditimpa mslh.










p/s: Ujian dtg drp Allah swt...selesainya sesuatu ujian kita juga bantuan drp Allah swt. =)

Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Tuesday 14 February 2012

Jangan terlalu taksub



RENUNG-RENUNGKAN

Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

9 Jenis Anak Syaitan.



Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :



1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.




2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.




3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.




4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).




5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.




6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.




7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).





8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.




9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari




Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?



Daripada sumber bernama.

Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Friday 3 February 2012

Buangkan tabiat minum berdiri.






Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung —





Sesungguhnya setaip apa yg kita lakukan..pasti ada baik buruknya..
Sesungguhnya, apa yg dilarang kita buat dlm Islam pasti ada baiknya kpd diri kita..


Sama2 kita renungkan...






p/s: copied from FB



Mohon jasa baik semua.. jom like gambar nii  >>  KLIK SINI
Terima kasih daun keladi.. ^^,

Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Tuesday 31 January 2012

Posisi tidur salah boleh dimurkai Allah.



Assalamualaikum...




Haaa? Bukan sedar pon mase kita tidur cmna kan? 
Xpe2..lexx luuu, 




Orait, waktu tidur kita paling baik adalah pd waktu malam. Waktu tu la kita nak berehat, badan letih tambah2 yg kerja, yg masih bsekolah. Tidur mempengaruhi metabolisme tubuh dan merangsang daya asimilasi. 


Sebab tu kita ni kalau tidur lebih pon badan jadi x sihat, obesiti dan kalau tidur kurang pun jd x sihat jugak., bawah mata bengkak dan kurang cergas. Korg tau x tidur nie berkaitan dgn tulang kita jugak. Jom cikgu nak crita posisi tidur kita cmne dan ape kelebihan dan kekurangan. 


POSISI TERBAIK 


Tidur mengiring ke kanan
>> Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.






POSISI TIDUR YG TIDAK DIGALAKKAN

Tidur meniarap
>>  Tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.

Dan drp sudut Islam pulak tidur meniarap dilarang sama sekali...

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)



Tidur melentang
>> Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.


Tidur mengiring ke kiri
>> Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.


........................................................................................................................................
Haaaa, sedarkah kita masa kita tidur cmna? Takpe, kalau kita sedar dan terbangun ubahlah posisi tidur kita demi kesihatan kita. Okay.


Sekian entry sal kesihatan, cikgu salah tidur malam td, sakit bahu..huuu =,=








Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Thursday 26 January 2012

Oreo Cheese Cake : Homemade!


Assalamualaikum semua... 
Sila tatap kek nie puas2 tauuuuuu..heee
Cikgu nie ble time rajin sume benda dia nak masak..HEHE

Xpe cikgu wat kek ke, ape ke..sume beres! licin! Tak bazir...* Sedap letteww




Nak resepi ke?? Drp kwan cikgunye resepi nie..Zaty
oleh kerana permintaan minta resepi ramai..cikgu bagi nie..ikhlas dr hati *cewwaah


Bahan-bahan nyaaa ialah... * nada chef

Bahan A
1 - paket biskut oreo ( buang krim )

Bahan B
500g cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan whipping cream
1/4 cawan susu segar ( cikgu guna susu HL )
2 biji telur
1 paket biskut oreo (buang krim)


Cara membuatnya ialah....
  1. Kisarkan satu paket biskut oreo ( bahan A ) sehingga halus. Kemudian masukkan ke dlm loyang, ratakan oreo tu.
  2. Utk bahan B, putarkan cream cheese sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan gula halus, esen vanila, whipping cream dan susu segar.
  4. Putarkan sehingga sebati. Lepas tu baru masukkan telur sebiji demi sebiji.
  5. Setelah semua sebati, masukkan satu lagi paket biskut oreo yg dipecahkan besar-besar (tak perlu kisar) ke dalam adunan tadi. Kacaukan sebati (jgn kisar plak).
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang di atas oreo yg telah dikisar td.
  7. Bakarkan selama 45 minit dgn suhu 180 drjh celsius.
  8. Dah siap bakar, sejukkan t'lebih dahulu kemudian msukkan ke dalam peti sejuk.
  9. Pastuuuuu dh sejuk boleh laaa makannn. =))

Senangkan?? heee.. sape nak oreo lebih tu boleh jeee buh. Cikgu saje tabur oreo atas kek tu sbb nampak putih jeee..so saje tabur atas tu..nak susun satu2 oreo pon muleyyhh. Ikot hampa noh noh. =D



SELAMAT MENCUBA!


Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Monday 23 January 2012

Beza lelaki MATANG dgn lelaki yang KURANG MATANG



Lelaki MATANG

  • kalau ade awek buat masalah atau sesiapa ade wat masalah dgn laki nie, dia takkan terus maki hamun atau marah2 tak tentu hala, sebaliknya dia akan tanya dulu.
  • tak suka msg sgt dan dia lebih suka call terus.
  • pandai berborak dgn org tua, beramah mesra dgn org tua tak kira dia kenal atau tak.
  • bukan seorang yang cepat marah/baran    * kalau yg mmg hot temper tu lain
  • suka berjenaka..lawak yg kadang2 ade maksud tersirat
  • seorang yg pemaaf dan cepat faham situasi 
  • kalau dia marah atau merajuk pun mungkin kejap dan akan reda beberapa minit kemudian   * laki pon tau merajuk kayyyy
  • pemakaian lebih kemas dan tidak terlalu mengikut fesyen semasa asal kan bergaya.   * pakai branded tu lain
  • lebih mementingkan perhubungan ke arah yg lebih jauh, komitmen yg tinggi   *exp: tunang >> kahwin
  • agak cool dan control / blagak cool  



Lelaki KURANG MATANG

  • cepat marah kalau berlaku sesuatu kejadian. hot temper  
  • ber'msg jenis tak reti nak henti. kalau boleh nak bw masuk hp time mandi skali dan msg bgtau yg dia tgah mandi   *syok2 mandi air sejuk =,=
  • kalau buat lawak kadang2 lawak tu x lawak tp gelak gak. 
  • kalau berjalan dgn pasangan kalau boleh pegang/peluk xnak lepas.over drp org yg dah kawen
  • cuba perhatikan couple yg masih bersekolah dgn yg dah x bersekolah..nampak beza x kalau korg g jalan kat mane2 mall?
  • pemakaian kalau boleh nak ikot fesyen dan orang akan pandang dia sampai langgar tiang.fuuyyoooo    *pkai cermin mata gelap dlm mall. terik lampu kottt. kalau yg ade mslh mata lain yerrr adik2
  • kalau jenis ade kapel..nak merajuk/marah kne lebih dr seminggu..erk!
  • selalu buat keputusan terburu-buru tanpa pikir panjang.
  • kurang pandai menghormat org tua.   <<< xsuke perangai sesiapa pun mcm nie





So..di manakah stage anda wahai kaum adam?? atau teman lelaki kamu kamu kamu? =)
Ini adalah penilaian cikgu berkawan dengan kawan2 lelaki cikgu dan drp pndapat kawan2 lelaki cikgu. Harap tiada yg terasa dan terima kritikan secara membina. =)


p/s: gambar xde kene mngena



Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Saturday 21 January 2012

Keropok lekor Shah Alam bukan dr Losong.





WELCOME TO >>> KEROPOK HOUSE

KEROPOK LEKOR 1 KG


Selain daripada itu Keropok House juga menjual produk berikut:

OTAK-OTAK GULUNG 20PCS <<< TERHANGAT DI PASARAN


KARIPAP KENTANG

KARIPAP OTAK-OTAK

KARIPAP OTAK-OTAK


4 JENIS KARIPAP:
  • KENTANG
  • DAGING
  • SARDIN
  • OTAK-OTAK

Untuk maklumat lanjut boleh LIKE PAGE KEROPOK HOUSE yg berada di Shah Alam Seksyen 27 dan di Glenmarie.
Produk frozen mereka juga ada dijual di Giant seluruh kawasan rumah anda (Giant terpilih).

Nampak x sape yg berniaga tu?? HAHA! Tolong pakcik cikgu time kat UITM Merbok sempena Hari Anugerah Siswazah Tani Jaya yg dirasmi oleh PM kita. =)


P/S: SEKALI RASA PASTI MIMPI NAK LAGI!! =D



Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)