Murid-murid Cikgu Mira

Thursday, 21 February 2013

Temuduga SPP 2013


Assalamualaikum..

Hye! Dalam entry ni sy nak share apa yg patut dalam temuduga yg telah dilakukan terhadap rakan-rakan. Temuduga bermula dr 19 Feb - 27 Mac 2013. Temuduga yg dilakukan berbeza tempat dan masa. Sy copy dan paste semula post serta komen2 rakan-rakan sy semasa ditemuduga. Harap membantu adik-adik yg akan ditemuduga kelak. 


Temuduga utk pengesahan jawatan - PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG41

Satu kumpulan dalam 5-6 org. Masuk berkumpulan, ditanya seorang demi seorang. Ada yg blh beri pendapat, tolak ansur bg jwpn dgn rakan2. Tolong rakan2 dlm sesi temuduga tu. Bergantung kepada setiap panel. Setiap panel berbeza cara, jadi pastikan persiapan tu ada.


-
-
-
-
-
-

NUROL FATIN
IPG KSAH 
PRASEKOLAH

Salam rakan2...sekadar ingin mberi sedikit info ttg soalan yg ditanya semasa temuduga tadi...alhamdulillah selesai sudah...saya sempat bertanya tiap rakan kita yg ditemuduga...soalannya lain2...fokus byk ttg PPPM, NKRA, PBS, dan FPK dan beberapa isu semasa...yang ditanyapon xbyk...penemuduga akan tya apa yg dh kita baca...soalan 2 yg akan ditanya...soalan yg ditanya ikut pada penemuduga...klu ok mmg dorg akan tya soalan KBKK...dan yg paling seronok untuk dijawab adalah soalan ikut bidang tugas masing2...semoga rakan2 yg akan ditemuduga nanti akan dpt mjawab dgn baik...insyaallah...amin... :)

jgn risau ok...soalan yg fakta dia xakan tya byk...dia lebih fokus pada subjek yg kita ajar...tp mgkin ikut penemuduga jugak...jd baca skadar tahu...insyaallah dpt jawab semua



SOAP MACTAVISH

Pesanan buat rakan2 yg belum SPP lagi, berdasarkan pengalaman pagi tadi di IPSAH:

1) Sediakan segala dokumen secukupnya, Susun ikut turutan senarai semak.
2) Pakaian kemas dan ikut kod pakaian guru. Blazer tu optional, Kita bukan penemuduga,tapi ditemuduga.
3) BAnyakkan tau isu semasa di Malaysia, dan pengetahuan am. Nanti penemuduga SPP akan tanya, kena tau mendalam isu semasa yg kita pilih. Nanti kena query.
4) Kena jawab secara aras tinggi isu semasa dan bidang opsyen kita, jangan gugup dan bg jawapan negatif.
5) Tegur sapa penemuduga yang keluar utk berehat.
6) Sarapan dulu,proses temuduga utk setiap kumpulan sekitar sejam hingga sejam setengah.
7) Buku RPH sunat muakkad saja, tak check sangat pun. Porffolio praktikum tak perlu bawa dan tak diminta langsung pun.


pesanan tambahan : penemuduga adalah org besar SPP dan KPM, mostly Dato, Datin. Jangan ambik jalan maut pilih isu semasa yg kita sendiri pon tak pasti.kelak memerangkap diri saja

ada kes dera anak, BRIM.pilih ja apa2 pon asalkan kita dpt hurai dgn yakin dan tepat.lagi rumit isu lagi baik,menampakkan HOTS,high order thinking skills yg diinginkan SPP



MUHAMMAD ADI ASRAFF
IPG PERLIS
PENDIDIKAN JASMANI


Dalam 30 minit ja... Datuk Dangiran Timbalan Pengarah SPP

Dokumen ikut senarai semak saja.. dan 3 sijil.. buku rph.. tu je..

Rph dia check.. Soalan aplikasi je.. xbaca nota pun leh jwb.. kbkk..

Die ckp jgn risau pasal IV.. IV ni bukan tujuan untuk digagalkan.. Kecuali kita sndiri nak buat bg gagal..

Antara soalan y ditanya:
1.Apa beza pendidik dgn pengajar?
2.Cara tingkat kecermelangan sek.
3.Cara bawa murid ke pdg semasa sesi PJK
4.Cara tarik minat murid belajar PK
5.Apa itu "pendidikan berterusan"



HAIDA ABDULLAH

Tips utk kwan2 nk bakal dtmdga esok n strusnya: pnmudga berbeza2. Ada y relax je. Siap buat lawak lg. N xkurang juga ada y sruh buat micro teaching. Ada y tya teori. Ada pulak y tya kbkk shja. Apa2 pn.. kwn2 bersedia mental dan fizikal. Good luck ye..:)

Owh.. sume atas pnmdga. Y sy punya. Berkumpulan. Die bg topik. Ckp srg2. Klaw semua syap. Die tunjuk atau pggil nma. Ada y pnmdga pgil nma siap2.pastu tya. Semua aras pnmduga. Ada y pnmdga mrah kita bntu kwn..mcm2

 Boleh rasanya nk jwb lg. Tp salu sy dan rakan2 td dh pkat jwb pendek. 1 atau 2 point je. Bg peluang utk kwn2 lain ckp jugak sbb klaw kite bntang byk sgt. Nt kwn xda point.. sian die...



ZAFIRAH MAHADZIR
TESL - NZ
IPG KSAH

1) nama timbalan YDP agong yang ke-3 (kriiiik kriiik.semua tak boleh jawab.hahaha)
2) majlis raja2 bersidang berapa kali setahun? (kriiik kriiik jugak)
3) golongan manakah yang paling banyak kena mental illness? (of course la cikgu. why? dari soklan ni dia akan derive ke soklan lain2 berdasarkan jawapan yg korang bagi)
4) how can you incorporate effective TnL in the classroom?
5) how do you do your reflection?
6) how do you evaluate your students' achievement?
7) berapa bilangan cikgu kat malaysia?
 dalam setahun, berapa ramai cikgu yang bersara? (kena guna thinking skill sikit la soklan macam ni.ikut logik)




ANAS AKMAL
PENDIDIKAN JASMANI
IPG KSAH

Dh lepas!!! Kena gebang sal pppm haa.. Jenuh peluh cerau!!! Tp yg penting!!! Dh abis!!!! Gudluck semua rakan2 lain...

pekeliling 5 bdk terlibat politik tu jana idea cmna nk halang budak terlibat politik... Cmna nk jga keselamatan bdk kat skulah kat pdg.. Smbutan kemerdekaan kat sekolah cmna... 

Yang lain.. Dia tnya sal jana idea.. Kenapa nk jd cikgu pj.. N cmna nk jga keselamatan bdk.. Hahahaha...


CIK BEBET

IPG PERLIS

sbg pkongsian utk iv.smlm kump sy dtanya
- ape rasional pnulisan rfleksi atau impak slpas mngaja
-ape yg anda boleh jlaskn mngenai fpk
-ape tndakan guru pra jika ppm bcuti tnpa memaklumkn pd anda.bgaimana pnydiaan mknn tnpa ppm?




CIK SUE

IPG PERLIS

Alhamdulillah kami dh selesai...kmpln kmi kne wt microteaching n tnye psl unsur seni n prinsip rekaan..ikut opsyen..kptsn iv akn thu 2 bln pas iv.



SHERIL AMIZAH OTHAMAN

IPG KSAH
PRASEKOLAH

tnya rukun negara dgn knsep 1 mlysia jaa..pastu pasai pra. Ikut panel gak tp time aku xdelah susah sgt



YASMIN IDAYU OTHMAN

IPG KSAH
PENDIDIKAN JASMANI

Dia tanya apa maksud jadual anjal, mcm2 la dia tnya, pasal bilangan pendudukan semua, protokol jumpa sultan. Ada juga dia tnye ttg renang, apa alternatif nk buat kalau sekolah tu xde kolam renang...

*nak diingatkan di sini. kita berjumpa panel lain2, so soalan dia pun berbeza. siap sedia. soalan yg tak dijangka akan ditnya oleh panel2.



AKMAL RABBANI

IPG KSAH
REKA BENTUK TEKNOLOGI

td kos Rbt kat ipsah... tnya psal kos kte,, cam pe mksud rbt bagai.. pstu kssr.. isu2 smasa.. amalan refleksi... bca je sume.. sbb nasib tngok org yg tmuduga tu.. haha



HUSNA KAMARUDIN
IPG PERLIS
PENDIDIKAN JASMANI

kmi hr tu panel tnya--- kan skrg ni kt skolah org smakan cikgu pj ni mcm tkang kebun je... so apa nak buat, nk bg org nmpak kualiti cikgu pj?... lgi... apa beza kurikulum n kokurikulum... dlm fpk... apa yg dimaksudkan dgn seimbang tu... lbih kurang cm tu la... 



SHAIFUL RIZAL
IPG KB
BAHASA MELAYU

Knp nk jd cikgu bm. Yg tu doa nak mbmmbi.. Pastu lgkah mmrtbatkan bhasa mlayu..dia suh bt micro teaching skli.. 

Kdg2 soalan nk tnya mdah ja.. Tp aras soalan dpa nmpak cm pyh.. Hehe

tp yg pasti cara nak bg murid kreatif. pastu pernan guru bm, pastu pencapaian ko. kurikulum akademik kita



JEJUPINGU (USTAZAH)

SAINS

Pengalaman di-interview tadi...antara soalan-soalan yang ditanya ialah:
  1. Perkenalkan diri masing2
  2. Apa beza pendidik dan pengajar?
  3. Kenapa dulu kementerian pendidikan tapi kini kementerian pelajaran?
  4. Apa beza seni dan sains?
  5. Boleh kamu petik apa yang dikatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan?
  6. Apa itu PBS?
  7. Pada pendapat kamu, semua murid perlu diberi band 6 ka?
  8. Apa pendapat kamu, kalau ada murid yang langsung tiada band? Guru tak buat penaksiran ka?
  9. Pada pendapat kamu, apa peranan panitia di sekolah? adakah diwujudkan kerana suka-suka saja?
  10. Kalaulah kelas kamu mengajar itu, murid mendapat pencapaian yang teruk, adakah soalan tu susah? Apa peranan panitia?
  11. Apa yang kamu akan lakukan kalau murid kelas kamu tak dapat menjawab soalan ujian?
  12. Berikan satu pendekatan semasa kamu mengajar.
  13. Apa yang kamu faham tentang 'hands-on'. Berikan satu ayat untuk menerangkannya.
  14. Bagaimana guru boleh meningkatkan profesionalismenya di sekolah?
  15. Berapakah kapasiti penduduk Malaysia? Berapa nisbah lelaki dan perempuan? Berikan alasan kamu kenapa?
  16. Dimanakah kamu perlu merujuk untuk mengetahui kapisiti penduduk di Malaysia?


MOHD ADHAM NORDIN
IPG KSAH
PENDIDIKAN JASMANI

asalamualaikum.. ini untuk y x hadapi temuduga lagi..mgkin blh prepare molep.. meh a.am kongsi u kwn y akan tmuduga.. a.am msk 6 org satu kumpulan..a.am sore jah dr ipg ksah.. msuk dgn syum n confident.. penampilan pnting...sb kita dh msk golongan profesional. pstikan pki kot n tag nama.. susun file kemas2.. jgn susun last2 minit..die dh prepare soalan dah sbnrnya.. y cek file kt luar pun sbnrnya sdg psiko kita.. die nk tgok lyk x jd cikgu.. mmg diorg ni akan ckp kasar.. tp sbrlah yer...jwb molep..ikut mcm Rasulullah ajar..beradap sopan.. umpama dibaling dgn batu dibalas dgn buah..

soalan:
1.mcmna nk kira nisbah guru n murid disekolah(u masa sekarang,bkn kssr.. sb ada jwp 1 nisbah 16 kna gelak jer..)?

2.brp byk pekeliling pj? n sebutkan salah satu pekeliling beserta tarikh dikeluarkan dan isi2 pekeliling tersebut?

3.apakah ujian y dijalankan di sekolah untuk menilai kcrgasan? sebutkan secara penuh akronim SEGAK tersebut? sebutkan kompenen2 tersebut? bila dilaksanakan SEGAK tersebut?

4.syarat kemasukan ke asrama pnuh telah dipinda, sebutkan apakah syarat tersebut dan pada tarikh bila ianya dipinda?

5. bagaimanakah nk atasi masalah obes dikalangan pelajar ketika anda sedang mengajar pj di padang?

6.macamna nk eja gunting dalam bahasa inggeris?

ini ringkasan jer soalan2 yang ditnykan kpd kump a.am.. nampak mcm ssh.. tp apa yang korang xleh jawb 2, i2 jgklah y berlaku pada a.am.. just senyum n ckp jelah y sy xbrp arif..hehehe.. 



AWATIF AMNI

IPSAH 20/2/2013

1. Apakah yang perlu dilakukan oleh Msia utk capai Wawasan 2020
2. Sebab Malaysia mahu capai Wawasan 2020.
3. Apa yang dimaksudkan dengan negara Berpendapatan Tinggi.
4. Dalam PPPM, apa yang berkaitan dengan LINUS?
5. KBKK - Jika murid tak reti KV.KVK,KVKV, apa tindakan anda sebagai guru untuk menarik minat murid belajar.



SYAKIRAH RIDZUAN

IPGKPM 25/2/2013
1. Sudah brapa kali mjlis raja2 bersidang?
2. Bil. Timbalan di bawah Tun Mahathir.
3. Kandungan dlm pekeliling tahun dahulu kala tentang keselamatan di sekolah.
4. Tindakn susuln anda jika MBMMBI dimansuhkan.
5. KBKK tentang pemulihan khas


AMIROL HAFIZI ZAINOL

25/2/2013
IPG Perempuan Melayu Melaka
Major : Pemulihan

Soalan
1. prosedur buat surat nak jemput sultan @ menteri majlis di sekolah.
2. Kalau ada kes keracunan makanan nak buat ape?
3. Mengapa yuran pibg dipanggil sumbangan?
4. Jenis instrumen pemulihan.
5. Kalau murid lmh igtan cne,
6 .Mengapa perlu guru kaunseling sepenuh masa ?
7. Waktu persediaan gune untuk ape?
8. Pengalaman praktikal dpt apa?




ASYRAF AHNAF

PESANAN BUAT RAKAN-RAKAN YANG BELUM TEMUDUGA LAGI. SILA PASTIKAN DIRI ANDA DILENGKAPI DENGAN ISU-ISU DIBAWAH TERUTAMANYA MEREKA YANG BAKAL DITEMUDUGA OLEH DATUK NORMAH (Pegawai SPP x silap)

- 11 Anjakan PPPM beserta usaha kerajaan merealisasikan anjakan tersebut. (pastikan 
fakta anda betul)
- 5 prinsip Rukun Negara beserta huraiannya.
- Nama-nama Menteri beserta portfolio kementerian mereka.
- pembentukan sesebuah kerajaan negeri ataupun pusat, (DUN dan Parlimen)
- GTP
- NKRA (sub NKRA pendidikan)
- Tugas-tugas GB, Pen. Kanan, Ketua Panitia.
- Kaedah mengajar subjek major anda (Pastikan korang kaitkan dengan Teori-Teori Pembelajaran)

p/s Datuk tu akan cuba sedaya yang mampu untuk bantu kita. Tapi pastikan kita tahu tentang isu-isu yang ditanya....All the Best untuk korang semua...




NURUL ATIKAH

25/2/2013 IPG IPOH

Assalamualaikum...
Sedikit perkongsian iv di ipg ipoh hari ini:

#tiada gelak ketawa di bilik 1.soalan serius bertubi2# ketawa dlm hati je..sebb ske goreng sampai jawapan jd mcm merba..
- nkra
-ppsmi
-ujian formatif
-aspirasi ngara
-pppm
-Integriti
-linus
-kemahiran kbkk dlm math,aktiviti,
-soalan yg kena cop xbersdia- pbs-nama fail2..




ARUNIA AYUNIA
group 4 (last) ipg kpm
kos : prasekolah

1- Kenapa stesen KTM Tanjung Pagar ditutup?
2- Stesen kereta api yg pertama, dibina dari mana ke mana?
3- dlm byk sultan,sultan johor ada lesen bawak keretapi.. berapa kali sultan johor bawak keretapi?
4- berapa harga (RM) naik River Cruise kat melaka?
5- Berapa ramai pelancong datang melawat melaka dalam setahun..
6- nilai2 murni ada 16, cukupkah/memadaikah 16 nilai shj..(pppm)
7- situasi : suatu hari, ibu bapa murid pra datang ke sekolah mengadu anak dia, ada lebam di bahagian telinga. dia mengugut utk melaporkan kpd polis. apa tindakan anda?


ZAFIRAH ZAKARIA

iv spp ipgkpm group 3
en.gurdev:
1-apa tajuk berita utama mlm td (isnin mlm selasa)
2-berapa kali mjlis raja2 bersidang..
3-berapa bil tpm dibwh pimpinan Tun Dr. M
4-bnci penduduk pda disember 2010
5-aspek keselamatan yg perlu disekolah
6-prosedur jemput Ketua Menteri Melaka hadiri msyurat PIBG

soalan pra:
kbkk- anda dg41.. gB dg32. GB bg arahan... semasa pnp anda kena bawak budak pi pertndgn netball.. tindakan anda??? arahan kedua... GB surh anda latih budak netball petang2... tndakan?



MU'AZ ABD RAHMAN
PENDIDIKAN JASMANI

27/3/2013 - IPG IPOH (group 1)

1)apa tujuan dtg ke sini?
2)sebutkan prinsip rukun negara
3)apa itu FPK?
4)apa yang anda tahu ttg 1M1S?
5)tujuan 1m1s
6)apa itu penilaian sumatif?
7)16 mei adalah hri guru..apa signifikan pemilihan tarikh 16 mei itu?
8)guru korban masa hjg mggu utk latih murid..pendapat anda?
9)perbalahan persatuan taekwondo malaysia menyebabkan ada atlet xdpt beraksi di sukan sea..beri komen ttg isu ini
10)nama beberapa persatuan taekwondo di msia..
11)sukan pling popular di msia?
12)spa pemain bola sepak msia yg terkenal?
13)siapa lagi pemain badminton msia yg dikenali selain LCW?
14)isu kesihatan..LGBT..setuju atau tidak lelaki & pmpuan yg blom kahwin tggl serumah?
15)guru persatuan sukan di sklh xda kemahiran..apa yg prlu dilaksana utk bg mereka ada pengetahuan ttg sukan?
16)jurulatih bola tampar msia sgt hebat & di iktiraf oleh prsatuan VB dunia..namun knapa team msia x hebat?
17)kekurangan fasiliti VB di sklh..stuju atau tidak..bri komen..
18)senaraikan kemahiran asas VB
19)senaraikn kemahiran asas ping pong
20)pemain bola sepak msia yg tlah dilamar kelab luar negara kembali ke tanah air semula..knpa ini berlaku?
21)guru ada msa free nk latih murid sabtu & ahad,,tetapi murid ada tuisyen..so apa penyelesaian??
23)asal taekwondo dri negara mna?
24)asal karate dri negara mna?
25)senaraikn kemudahan VB yg ada disekolah..




RUZIDAN SENAWI, NUR SHUALI SHUKRI, NORZULIA, SAFWAN NUDIN
PENDIDIKAN JASMANI

27/2/2013 -IPG IPOH (group 3)

Perkongsian soalan umum yang ditnya ttg temuduga di ipg ipoh bagi kumpulan saya...
1) 5 teras pppm
2) sebut 11 anjakan pppm
3) bgaimana nk jd guru cemerlang
4) sebut 5 rukun negara
5) bgmana nk memartabatkan bahasa melayu (mbmmbi)
6) konsep 1 malaysia
7) apa yang anda faham dengan 1 murid 1 sukan
# penemuduga yang sorang lagi dia tanya berkaitan major kita je..




SYARIFAH AMIRAH, WAN NABILAH, ZAKIAH
PENDIDIKAN JASMANI

27/2/2013 - IPG IPOH (group 4)

HYE! ni soklan yg diajukan kpd kumpulan kami..
1. Visi Malaysia -jwpn dia Wawasan 2020
2. mbmbi
3. 1m 1s
4. Gagasan 1 Malaysia
5. Aspirasi negara (5 pppm)
6. Pendidikan seks dalam PKesihatan
7. LGBT (lesbian gay biseksual transgender)
8. Kemahiran dalam olahraga (fasa2) - dia tnye sorg2 kemahiran yg mahir, tp mira tibai kemahiran dlm permainan. HAHA.
9. Maksud olahraga- jwpn dia, mengolah jasmani(raga)
10. Kenapa PENDIDIKAN JASMANI penting utk negara?
11. Steroid - kenapa dilarang dlm sukan?
12. FPK - hafal naaa

*panel suka menerangkan kembali apa yg ditnya, kami senyum dan rasa bahagia. pastu dia tunjuk paper STAR xsilap ttg remaja sekolah yg mengandung.



SYARIFAH AZREEN (cousin sy, hee)
BAHASA MELAYU

28/02/2013 IPG IPOH

1. Apakah teknologi hijau?
2. Maksud teknologi? jwpn dia proses
3. Cadangkan tindakan yg perlu dibuat utk meluaskan peranan kantin?
4. FPK? Bagaimana mengawal emosi murid? rohani pula bgaimana?
5. Pengurusan kelas - peranan guru?
6. Beza 'kita' dengan 'kami'?


HAQITA TARU

soalan spp sesi kumpulan 1 1/3/2013
IPG Kampus Ipoh


soalan:
1) maksud budaya ilmu
2) maksud mengajar
3) pemikiran luar kotak
4) taksomi bloom
5) soalan terbuka tentang botol...
6) pendidikan khas
-ciri2 budak pk..
-kategori budak pk
-perbezaan antara slow learner, sindrom down, austisme, terencat akal..
- bagaimana mengendalikan budak pk yang tak tahu uruskan diri




NI NA (name fb)

Tahniah kpd yg telah selesai iv..kpd yg akan ditemu duga, mohon pastikan anda baca ckit mengenai:

1. Beza antara 'kita' dengan 'kami'
2. Beza antara 'bidalan' dengan 'pepatah'
3. Kemahiran berfikir yang perlu ada pada seorang
4. Apakah yang ada di tengah 'sawah' (luar kotak fikiran)
5. Ayat pertama FPK
6. Funny riddle.

*Tambah-tambah lagi kalau penemuduga nama Haji Jayus. Prepare benda2 di atas. Tidak lupa juga bca dasar2 kerajaan, dll.. In sha Allah kalau penemuduga bernama di atas, dia tak tanya lgsg psal dasar2 kerajaan yg merapu2 ni. Ilmu keguruan yg akan ditembak. Selamat berjaya mengkome semua ~~ (^_^)v




NURHISYAM BELANG

5/3/2013

Ramai yg tanya, apa soalan temuduga td. Berikut ialah jawapan sy, harapan sy, semoga ia membantu:

Soalan umum:
- apa itu pppm
- 11 anjakan pppm
- kssr, dan huraian
- pbs, dan huraian

Soalan pedagogi:
- apa itu kaedah koperatif
- apa yg menarik dlm p & p

Soalan major(psv):
- surelism
- diskusi ttg aliran surelism

Tugasan:
- kena lukis 3 objek yg pamer pencahayaan dan ton

Tips:
- lelaki WAJIB pakai blazer
- jgn temberang/goreng fakta
- pakai kemas dan sopan
- relax urself, be calm

Trivia:
- ramai calon yg cantik, mata lelaki jgn nak melilau sgt. Nnt ilmu hilang.




FATIN OMAR

Putrajaya 5/3/2013 (kos Pendidikan seni visual)

soalan 1 : apakah kaedah yg anda akn gunakan dalam pnp pendidikan seni visual??
soalan 2 : apa yg anda tahu tentang aliran kiubisme?? siapa pengasas pd aliran trsebut??sebutkan karya yg trkenal pd aliran itu?
soalan 3 : anda kenal abdullah ariff?? ceritakan serba sedikit tentang dia.
soalan 4 : siapa kartunis yang anda kenal??

soalan 5 : beri tiga nama pelukis terkenal di Malaysia.



ZAHIAH ZAHARI

Putrajaya 7/3/2013 (kos pendidikan khas-mslh pembelajaran)

hafal fpk sebijik2 die soh recite....gtp...6 komponen tue, then nkra pend 4 komponen tue pe...ciri2 fizikal tiap2 kategori pk n npe plh pk

pastu literasi n numerasi tue cmne nk tnjuk kan tercapai nye nkra tue dlm pgjran kite



SAHRUL LAIL

 soalan senang je..... ni dia... Alhamdulillah..interview dah setel..antara soalan2 ditanya
-berapa ramaikah tentera malaysia yg dhantar di lahad datu 'pagi ini'..huhu..
-bilakah tun dr mahathir dilantik menjadi PM?
-apakah matlamat 1Malaysia..
-nkra yg ke2(memerangi rasuah)
-apakah matlamat kpm?pastu misi kpm?
-apa beza ujian sumatif n formatif..
-apakah surelisme n kubisme?
-apakah pbezaan saiz karya kubisme n surelisme?
-cara untuk menilai murid?(pemerhatian,hasil kerja,ujian




KHUZAIMAH

Alhamdulillah..da selesai iv..thanks to my dad sbb tunggu sy abes iv..
Utk kwn2 yg kena iv esok kt IPG KTB..kot2 la sapa yg dpat ngn penemuduga En singh tu..tp dia baik n ok la..soalan yg dia tnya kpd kami di blik 3 yg sy ingat la.. ;-)
1. Siapa YDPA yg ke 6? Mata juling2 naik ats..bt pkir..kih3..
2.Dasar pandang ke Timur..knapa wujudnya dasar ni? 
3. Mcmna nak lahirkan masyarakat yg taat setia berdasarkan matlamat KPM..bg pndangan.
4.Knapa masih ada jurang antara kaum? Lebey kurang mcmni soalannya..
5. Kalau ada murid pra menangis,apa yang akan anda lakukan?
Utk subjek major,kami kena tnya kt puan apa nth nama dia,pasal
1.peruntukan masa utk modul teras dan bertema,brapa minit semua dlm seminggu?
2.peruntukan masa rutin dalam seminggu.
3.ada berapa tema dalam setahun?
4.RPT,RPM,RPH..terangkan apa yg kita faham..



CHEN JINGMIN SAMUEL


Soalan yg telah kumpulan saya dpt:
~ apakah itu ujian?
~ apakah itu meter kereta?
~ Dlm FPK terdpt JERIS, Apakah bukti yg menunjukkan emosi telah dikbgkan seperti yg dinyatakan dlm FPK?
~JPU terdiri daripada pelbagai aras kesukaran, nytkan aras tersebut n buktikan murid telah capainya.

Soalan major:
~Nyanyikan skala pentatonik dlm solfa...
~Apakah muzik/tarian/lagu/alat mzk negeri anda? (nyanyikan, tunjukkan)

Hrp membantu kpd mrk yg blm iv n all the best.
p/s: sijil2 yg tiga keping tu.... dia tak minta pun... dia keluarkan n bg i balik, tapi, better just bawa sekali lah... mana tau....




NURFARAHANA SHAMSUDIN

alhamdulillah dah selesai intview di bilik 2...kumpulan ke 3 di IPG KB
soalan2 yg dtanya
a)apakah mksud intgriti
2)apakah mksud murid berisiko
3)tujuan motivasi dijalankan ke atas murid pemulihan
4)ciri-ciri guru pemulihan
5)mksud LINUS
6)MBMMBI
panel baik dan banyak bg nasihat dan tunjuk ajar=)




AIN MOHAMED

nie soalan dr panel 1 (lelaki):

1. apakah maksud pengajaran?
2. apakah ayat pertama Fpk?..(die nk ayat dlm dlm buku tau)
3. dlm fpk kn, ada ayat 'untuk mewujudkan insan yg seimbang dan harmonis dr segi JERI' ..soalan dia, apa yg dimaksudkan dgn " SEIMBANG " tu?
solan dr panel 2 ( wanita)..
nie soalan brkaitan dn kos major..
1. apa maksud OBJEKTIF yg kita tulis dlm rph tu? (pastu bg la 1 contoh)
2. adakah seorang guru prasekolah boleh menjadi atau terlibat dgn jawatan panitia di sekolah?..(jwpan dari puan tu- boleh dan wajib...kerana semua guru wajib melibatkan diri dlm setiap aktiviti di sekolah..lbh kurang mcm tu la)...
3. apakah maksud refleksi dlm buku rph?..pastu cara penulisan refleksi (dlm bentuk angka, kebaikan, kelemahan dn penambahbaikan...)


NURAIN ALI

Bilik 1 IPGKRM
Sesi : 7.30pg (tapi kami kumpulan 4 masuk pukul 11.30pg)

Panel 1 ( Puan Rahmah rasenye )
1- perkenalkan diri (nama, asal, anak ke berapa, ipg mane, status, buat ape sementara menunggu posting)
2- kenapa nak jadi cikgu

Panel 2 (tak ingat name)
1- ape perubahan yang berlaku pada pendidikan kita sekarang? (secara terbuka)

2- ape itu pengurusan bilik
darjah (calon 1)
-ape kaedah yang awak guna untuk ajar KT (calon 2)
- Berapa jam guru perlukan untuk ajar kokurikulum dalam seminggu (calon 3)
- apa peranan guru dalam PIBG (calon 4)
- apa itu budaya sekolah (calon 5)

*iv dalam setengah jam, panel psiko tp dalam mase yg same die banyak nasihat..




Tapi kan kalau rasa malas nak baca, boleh juga layan video-video ni.. =)

-
-
-
-


Video penerangan kssr

Video MBMMBI


Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar (Versi BM) - GTP Program Transformasi kerajaan 












Sekian, segala yang dikongsikan harap bermanfaat kpd sesiapa yg membaca =). Tidak salah berkongsi ilmukan. Kawan2 yg disygi, sy berkongsi segala soalan2 yg diajukan oleh panel kepada rakan2. =)




Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

14 Charming People Comment:

FiQa said...

hurmmm. kita plak yang nervous. hee

btw, Good Luck kak mira dan semua senior2...

ALL THE BEST!!!

*nanti nak soh dia bace blog kak mira, hehe.. dia interview lmbt lagi,bln 3.. :)

AmirahSM said...

@FiQa baik syg =)

honami nobunaga said...

trima kasih sb lwt blog...dan trima kasih sb share kepada kwn2 yang lain..its my pleasure.. =) tapi... SAins lebih sesuai kot dari pendidikan Islam..nmpk mcm ustazah eaa? hak3..alhamdulilah... (jejupingu)

Rashid said...

salam

satu perkongsian yang baik utk adik-adik .. bukan senang nak dapat pengalaman dorang semua ni.

AmirahSM said...

@honami nobunaga hehehe tukar dh ;)

AmirahSM said...

@Rashid yups.. =) ilmu

Sheera Aya said...

utk yg kos sains tak byk contoh kan. kalau ada info utk major sains tmbah la dlm entry ni ye. btw, sgt membantu. Thanks for sharing. :)

AmirahSM said...

@Sheera Aya welcome, sy share drp kwn2 yg beritahu saya, xkenal kwn2 sains sgt.. ;)

terima kasih

Eichi Katsu said...

Good luck! :)
Kalau dpt johor boleh roger²

AmirahSM said...

@Eichi Katsu insyaAllah.. =)

Eca Dwinky Asha said...

dulu baca entry ini...tpi xamik kisah..skrg nak g interview pulak.. alhamdulillah.rujuk kat sini :)

Maulana Meps said...

As-salam.... thnks 4 da info.... j-Qaf 2013 ingin ditemu duga mnggu dpn.... hehe.. slm lebaran..

zul liana said...

terima kasih ats perkongsian..amat membantu..saye dr program j-qaf 2013 interview 22.8 ni..doakan ye.. ;)

pendidik2u said...

Perkongsian yg berguna, juga boleh ke blog saya untuk panduan temuduga spp.