Murid-murid Cikgu Mira

Tuesday 31 January 2012

Posisi tidur salah boleh dimurkai Allah.



Assalamualaikum...




Haaa? Bukan sedar pon mase kita tidur cmna kan? 
Xpe2..lexx luuu, 




Orait, waktu tidur kita paling baik adalah pd waktu malam. Waktu tu la kita nak berehat, badan letih tambah2 yg kerja, yg masih bsekolah. Tidur mempengaruhi metabolisme tubuh dan merangsang daya asimilasi. 


Sebab tu kita ni kalau tidur lebih pon badan jadi x sihat, obesiti dan kalau tidur kurang pun jd x sihat jugak., bawah mata bengkak dan kurang cergas. Korg tau x tidur nie berkaitan dgn tulang kita jugak. Jom cikgu nak crita posisi tidur kita cmne dan ape kelebihan dan kekurangan. 


POSISI TERBAIK 


Tidur mengiring ke kanan
>> Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.






POSISI TIDUR YG TIDAK DIGALAKKAN

Tidur meniarap
>>  Tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.

Dan drp sudut Islam pulak tidur meniarap dilarang sama sekali...

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)



Tidur melentang
>> Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.


Tidur mengiring ke kiri
>> Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.


........................................................................................................................................
Haaaa, sedarkah kita masa kita tidur cmna? Takpe, kalau kita sedar dan terbangun ubahlah posisi tidur kita demi kesihatan kita. Okay.


Sekian entry sal kesihatan, cikgu salah tidur malam td, sakit bahu..huuu =,=








Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

12 Charming People Comment:

Awie Omar said...

membalas kunjungan. TQ 4 the komen. Dah follow sini.

W A N I said...

ohhh ! baru tahu ! selalu tidur mengadap kiri ... ;))
pasni tukar ! haha

lady L said...

tengs for sharing . jom ketahui cara mengubati mak encik K. *siapa K? lai lai my site

Ckin Kembaq said...

selalu tidur mengiring kanan..tp kan..bila kena time takleh tidur, akan usha jugak macam2 cara agar dpt gak tido..hehe terpaksalah..dah mngiring ke kanan tak jadik en... ^__^

Fasya Mokhidin said...

nice share! :D

Nuruashia said...

alahaii mmg kne ubh laa ni ehh??
adoiii..nuru ske mngiring blah kiri..

starzieti said...

saya tidur macam2 posisi. lasak benor. hehe.

Salina said...

lepas nie nak nasihtkan kucing .. die biase buat kuak lentang kalau tidur ..

AmirahSM said...

@Ckin Kembaq kan..xsedar tdor gak

@Fasya =)

@nuruashia ♥ owh awak sedar eh tdor arah mne..hehe


@starzieti gasak katil tu..hehe

@yaya hahhaha.adoii

ANA D said...

info yg sgt bermakna..terima kasih

AmirahSM said...

@ANA D ea ana..sy pon bru tahu =)

Anis Adila Aris said...

kena hati-hati, tidur pun kena jaga...hehe