1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja korang sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan korang, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Korang takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian korang kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa korang minta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan korang dari segi fizikal dan mental. Risau membuat korg selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri korg mengawal.
3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang korg ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana korg masih ada 5 deria yang lengkap, korg boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Korg ada kawan rapat yang memahami korg dan hanphone kesayangan korg. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri korg. Buat banyak kali dalam sehari contoh dlm Solat.
4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda korg.
Ketahuilah, korg selalu rasa sedih dan kecewa sb korg x memaafkan kesalahan diri korg di masa lalu ataupun korg x memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri korg satu ketika dulu, ataupun…korg susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri korg, yang membuat korg sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri korg.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan korg dan menjadikan korg girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri korg dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar korg boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan korg boleh ketawa? Come on…
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada korg, cari cara bagaimana korg boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki korg murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada korg. Korg menjadi apa yang korg mahukan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan korg blh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, korg dpt yg buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.
7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan korg di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang korg lakukan pada orang lain, mungkin ada walau korf tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk korg. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya. =)
4 Charming People Comment:
salam kenal dan follow :)
betul tu...setuju sgt2.... bila kita sedih, ngatlah org yg sygkan kita dan juga org yg kita syg..insyaAllah.. Allah always be wif us
@Aku Mad tq aku mad =))
@♥Lady Ainaa♥ yups aina..mmg skng tgah sedih =) but Allh always wif us rite =)
Post a Comment