Murid-murid Cikgu Mira

Sunday, 4 December 2011

Tips x SOMBONG dan ANGKUH





Beberapa panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat Sombong, Angkuh dan Buruk Sangka:




✔Jika kita berjumpa dengan KANAK-KANAK, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka belum banyak melakukan dosa daripada kita






✔ Apabila bertemu dengan ORANG TUA, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka Sudah Lama Beribadat





✔Jika kita berjumpa dengan ORANG BERILMU(Berilmu), anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana Banyak Ilmu yang Mereka Pelajari dan Ketahui





✔ Apabila bertemu dengan ORANG JAHIL, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka Melakukan Dosa dalam keadaan Jahil(Tidak Mengetahui)


✔Jika kita berjumpa dengan ORANG JAHAT, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin satu hari nanti mereka akan Insaf dan Bertaubat daripada Melakukan Dosa





✔ Apabila bertemu dengan ORANG KAFIR, katakan di dalam Hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi Hidayah oleh Allah untuk Memeluk Agama Islam, maka segala Dosa mereka akan Diampunkan oleh Allah.








Sombong boleh makan diri sndri...selalulah beringat.


Subhanallah...


Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)