Murid-murid Cikgu Mira

Monday, 21 January 2013

Resepi Blueberry Cheese Cake


Assalamualaikum...

Heee, x benda lain nak update ke mira?? syik2 resepi je. HAHA. Well, selagi masih berkesempatan nak main masak-masak ni, slagi tu la mira masak. HIK3





Bahan-bahan :

500 gram cream cheese (philadelphia)
3/4 cawan gula kastor
4 biji telur
100 ml whipping cream
1 sudu teh esen vanila


Bahan utk base:

Biskut digestive ( ikut suka nak kisar brape keping )
75 gram / dua sudu mentega/butter


Bahan utk topping:

Blueberyy filling
Biskut digestive (hancurkan guna tgn saja)



Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius.
2. Utk based - Kisarkan biskut digestive dan gaulkan bersama butter yang telah dicairkan. Gaulkan sehingga boleh dikepal. Ratakan di dalam loyang.
3. Selepas diratakan, simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia utk digunakan.
4. Utk kek - putarkan cream cheese bersama gula kastor sehingga kembang.
5. Masukkan esen vanila dan putar.
6. Masukkan telur sebiji demi sebiji. putarkan.
7. Masukkan whipping cream dan putarkan.
8. Adunan sebati, masukkan bahan ke dalam loyang berisi biskut tadi.
9. Bakar dalam suhu 180 darjah celsius selama 40-45 minit.
10. Apabila sejuk, hiaskan dengan biskut digestive dan blueberry filling.
11. Simpan di dalam peti sejuk. ( Cheese cake perlu dihidang sejuk. )


SELAMAT MENCUBA!!




Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Tuesday, 1 January 2013

Resepi Butter Cake


Assalamualaikum semua..
Selamat tahun baru yer kawan2  ^_^



Tajuk entry kali ini mengundang anda semua untuk menambahkan kalori dalam badan anda semua yer. hik3. mira nak share resepi butter cake. Resepi ni daripada makngah mira ni...sodapppp cheq habaq ang!



Al kisahnya, masa majlis pertunangan mira tu, makngah mira ade buat kek butter ni, saje makanan tambahan. Dessert kan. heeee. Walaupun kek tu satu bekas je..tp habisnya laju, mira pon x smpat nk makan. 

*nampak tak sebelah agar2 tu..dlm bekas merah..haaa yg tu kek butter, tp tertutup la plak..




Untuk resepi kek tu:

250 gram - butter
200 gram - gula kastor
250 gram - tepung penaik
5 biji - telur
2 sudu besar - susu pekat (bancuh dgn 4 sudu besar air sejuk)
2 sudu teh - esen vanila




Cara-cara mengadun:

1. Masukkan butter dan gula, pukul sebati dan sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Lepas semua sebati, masukkan esen vanila.
4. Seterusnya, masukkan tepung penaik di selang selikan dengan susu pekat. 
5. Akhir sekali, masukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
6. Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 60 minit. 





p/s: kalau nak tau dah masak ke tak, cucuk satu lidi kat tengah, kiri kanan..kalau kek melekat kat lidi tu mknanya tak masak ag tau, so blh tambahkan minit dia. Simple! ;) 





Okey jumpa lagi entry lain. tatatititutu. Wasalam.


Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Tuesday, 8 May 2012

Cara mudah tampal manik pd tudung bawal



Assalamualaikum...

Entry mira tak habis2 sal tudung kan kan kan..
Memang la, sebab mira pon pkai tudung, so banyak tentang tudung la. heee
Oleh kerana mira ada tudung bawal yg kosong dan banyak warna, jadi mira dengan suka hati tambah sendiri manik di atas kepala. Mudah!


Beli manik tampal tu kat kedai yang ada jual barang2 jahitan atau kedai yang ada org jual barang2 hantaran tu, banyak pilihan. Pilih mana yang berkenan d'hati. Kalau mira, mira pilih yg banyak manik tapi corak yang simple. 

contoh macam ni

Mula2....

Tudung dibentukkan segitiga. Tanda betul2 atas kepala tu bg "center", pastu lekatkan. Kedudukan manik tu ikut suka la nk ke depan ckit ke, ke belakang ckit ke, janji nanti dah lekat jadi cntik jee. 

Seterika sekali sahaja. Sebabnya nak bagi manik dan plastik tu melekat betul2 kat atas tudung tu. Pastikan suhu seterika tidak terlalu panas.

Kemudian, tudung yang dilipat segitiga tadi dibuka semula, pastikan tudung tu dilapik dengan tudung yang sama di atas manik tu semasa seterika. Plastik manik jangan dibuka dan seterika sehingga manik tadi betul2 melekat pada tudung.

Plastik manik ditarik perlahan-lahan. Kalau manik tu ada yang tak lekat lg, seterika semula bersama plastik sehingga betul2 melekat.

Untuk kesan yang lebih baik, seterika sekali lagi di atas manik tadi.

Terbalikkan tudung, seterika di belakang manik. Okey, SIAP!

Taraaaaa!!  Tadi mira buat kat tudung adik, atas tu tudung mira. ngee~


Senyumlah selalu! Pasti sentiasa muda atau perasan muda. #hewhew


Sebelum tu, jom tgk entry ini >>> Contest Precious Colour <<<





Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)