Murid-murid Cikgu Mira

Friday, 3 February 2012

Buangkan tabiat minum berdiri.






Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung —





Sesungguhnya setaip apa yg kita lakukan..pasti ada baik buruknya..
Sesungguhnya, apa yg dilarang kita buat dlm Islam pasti ada baiknya kpd diri kita..


Sama2 kita renungkan...






p/s: copied from FB



Mohon jasa baik semua.. jom like gambar nii  >>  KLIK SINI
Terima kasih daun keladi.. ^^,

Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Tuesday, 31 January 2012

Posisi tidur salah boleh dimurkai Allah.



Assalamualaikum...




Haaa? Bukan sedar pon mase kita tidur cmna kan? 
Xpe2..lexx luuu, 




Orait, waktu tidur kita paling baik adalah pd waktu malam. Waktu tu la kita nak berehat, badan letih tambah2 yg kerja, yg masih bsekolah. Tidur mempengaruhi metabolisme tubuh dan merangsang daya asimilasi. 


Sebab tu kita ni kalau tidur lebih pon badan jadi x sihat, obesiti dan kalau tidur kurang pun jd x sihat jugak., bawah mata bengkak dan kurang cergas. Korg tau x tidur nie berkaitan dgn tulang kita jugak. Jom cikgu nak crita posisi tidur kita cmne dan ape kelebihan dan kekurangan. 


POSISI TERBAIK 


Tidur mengiring ke kanan
>> Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.






POSISI TIDUR YG TIDAK DIGALAKKAN

Tidur meniarap
>>  Tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.

Dan drp sudut Islam pulak tidur meniarap dilarang sama sekali...

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)



Tidur melentang
>> Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.


Tidur mengiring ke kiri
>> Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.


........................................................................................................................................
Haaaa, sedarkah kita masa kita tidur cmna? Takpe, kalau kita sedar dan terbangun ubahlah posisi tidur kita demi kesihatan kita. Okay.


Sekian entry sal kesihatan, cikgu salah tidur malam td, sakit bahu..huuu =,=








Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Thursday, 26 January 2012

Oreo Cheese Cake : Homemade!


Assalamualaikum semua... 
Sila tatap kek nie puas2 tauuuuuu..heee
Cikgu nie ble time rajin sume benda dia nak masak..HEHE

Xpe cikgu wat kek ke, ape ke..sume beres! licin! Tak bazir...* Sedap letteww




Nak resepi ke?? Drp kwan cikgunye resepi nie..Zaty
oleh kerana permintaan minta resepi ramai..cikgu bagi nie..ikhlas dr hati *cewwaah


Bahan-bahan nyaaa ialah... * nada chef

Bahan A
1 - paket biskut oreo ( buang krim )

Bahan B
500g cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan whipping cream
1/4 cawan susu segar ( cikgu guna susu HL )
2 biji telur
1 paket biskut oreo (buang krim)


Cara membuatnya ialah....
  1. Kisarkan satu paket biskut oreo ( bahan A ) sehingga halus. Kemudian masukkan ke dlm loyang, ratakan oreo tu.
  2. Utk bahan B, putarkan cream cheese sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan gula halus, esen vanila, whipping cream dan susu segar.
  4. Putarkan sehingga sebati. Lepas tu baru masukkan telur sebiji demi sebiji.
  5. Setelah semua sebati, masukkan satu lagi paket biskut oreo yg dipecahkan besar-besar (tak perlu kisar) ke dalam adunan tadi. Kacaukan sebati (jgn kisar plak).
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang di atas oreo yg telah dikisar td.
  7. Bakarkan selama 45 minit dgn suhu 180 drjh celsius.
  8. Dah siap bakar, sejukkan t'lebih dahulu kemudian msukkan ke dalam peti sejuk.
  9. Pastuuuuu dh sejuk boleh laaa makannn. =))

Senangkan?? heee.. sape nak oreo lebih tu boleh jeee buh. Cikgu saje tabur oreo atas kek tu sbb nampak putih jeee..so saje tabur atas tu..nak susun satu2 oreo pon muleyyhh. Ikot hampa noh noh. =D



SELAMAT MENCUBA!


Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)