Murid-murid Cikgu Mira

Tuesday, 31 January 2012

Posisi tidur salah boleh dimurkai Allah.



Assalamualaikum...




Haaa? Bukan sedar pon mase kita tidur cmna kan? 
Xpe2..lexx luuu, 




Orait, waktu tidur kita paling baik adalah pd waktu malam. Waktu tu la kita nak berehat, badan letih tambah2 yg kerja, yg masih bsekolah. Tidur mempengaruhi metabolisme tubuh dan merangsang daya asimilasi. 


Sebab tu kita ni kalau tidur lebih pon badan jadi x sihat, obesiti dan kalau tidur kurang pun jd x sihat jugak., bawah mata bengkak dan kurang cergas. Korg tau x tidur nie berkaitan dgn tulang kita jugak. Jom cikgu nak crita posisi tidur kita cmne dan ape kelebihan dan kekurangan. 


POSISI TERBAIK 


Tidur mengiring ke kanan
>> Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.






POSISI TIDUR YG TIDAK DIGALAKKAN

Tidur meniarap
>>  Tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.

Dan drp sudut Islam pulak tidur meniarap dilarang sama sekali...

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)



Tidur melentang
>> Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.


Tidur mengiring ke kiri
>> Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.


........................................................................................................................................
Haaaa, sedarkah kita masa kita tidur cmna? Takpe, kalau kita sedar dan terbangun ubahlah posisi tidur kita demi kesihatan kita. Okay.


Sekian entry sal kesihatan, cikgu salah tidur malam td, sakit bahu..huuu =,=








Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Thursday, 26 January 2012

Oreo Cheese Cake : Homemade!


Assalamualaikum semua... 
Sila tatap kek nie puas2 tauuuuuu..heee
Cikgu nie ble time rajin sume benda dia nak masak..HEHE

Xpe cikgu wat kek ke, ape ke..sume beres! licin! Tak bazir...* Sedap letteww




Nak resepi ke?? Drp kwan cikgunye resepi nie..Zaty
oleh kerana permintaan minta resepi ramai..cikgu bagi nie..ikhlas dr hati *cewwaah


Bahan-bahan nyaaa ialah... * nada chef

Bahan A
1 - paket biskut oreo ( buang krim )

Bahan B
500g cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan whipping cream
1/4 cawan susu segar ( cikgu guna susu HL )
2 biji telur
1 paket biskut oreo (buang krim)


Cara membuatnya ialah....
  1. Kisarkan satu paket biskut oreo ( bahan A ) sehingga halus. Kemudian masukkan ke dlm loyang, ratakan oreo tu.
  2. Utk bahan B, putarkan cream cheese sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan gula halus, esen vanila, whipping cream dan susu segar.
  4. Putarkan sehingga sebati. Lepas tu baru masukkan telur sebiji demi sebiji.
  5. Setelah semua sebati, masukkan satu lagi paket biskut oreo yg dipecahkan besar-besar (tak perlu kisar) ke dalam adunan tadi. Kacaukan sebati (jgn kisar plak).
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang di atas oreo yg telah dikisar td.
  7. Bakarkan selama 45 minit dgn suhu 180 drjh celsius.
  8. Dah siap bakar, sejukkan t'lebih dahulu kemudian msukkan ke dalam peti sejuk.
  9. Pastuuuuu dh sejuk boleh laaa makannn. =))

Senangkan?? heee.. sape nak oreo lebih tu boleh jeee buh. Cikgu saje tabur oreo atas kek tu sbb nampak putih jeee..so saje tabur atas tu..nak susun satu2 oreo pon muleyyhh. Ikot hampa noh noh. =D



SELAMAT MENCUBA!


Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)

Monday, 23 January 2012

Beza lelaki MATANG dgn lelaki yang KURANG MATANG



Lelaki MATANG

  • kalau ade awek buat masalah atau sesiapa ade wat masalah dgn laki nie, dia takkan terus maki hamun atau marah2 tak tentu hala, sebaliknya dia akan tanya dulu.
  • tak suka msg sgt dan dia lebih suka call terus.
  • pandai berborak dgn org tua, beramah mesra dgn org tua tak kira dia kenal atau tak.
  • bukan seorang yang cepat marah/baran    * kalau yg mmg hot temper tu lain
  • suka berjenaka..lawak yg kadang2 ade maksud tersirat
  • seorang yg pemaaf dan cepat faham situasi 
  • kalau dia marah atau merajuk pun mungkin kejap dan akan reda beberapa minit kemudian   * laki pon tau merajuk kayyyy
  • pemakaian lebih kemas dan tidak terlalu mengikut fesyen semasa asal kan bergaya.   * pakai branded tu lain
  • lebih mementingkan perhubungan ke arah yg lebih jauh, komitmen yg tinggi   *exp: tunang >> kahwin
  • agak cool dan control / blagak cool  



Lelaki KURANG MATANG

  • cepat marah kalau berlaku sesuatu kejadian. hot temper  
  • ber'msg jenis tak reti nak henti. kalau boleh nak bw masuk hp time mandi skali dan msg bgtau yg dia tgah mandi   *syok2 mandi air sejuk =,=
  • kalau buat lawak kadang2 lawak tu x lawak tp gelak gak. 
  • kalau berjalan dgn pasangan kalau boleh pegang/peluk xnak lepas.over drp org yg dah kawen
  • cuba perhatikan couple yg masih bersekolah dgn yg dah x bersekolah..nampak beza x kalau korg g jalan kat mane2 mall?
  • pemakaian kalau boleh nak ikot fesyen dan orang akan pandang dia sampai langgar tiang.fuuyyoooo    *pkai cermin mata gelap dlm mall. terik lampu kottt. kalau yg ade mslh mata lain yerrr adik2
  • kalau jenis ade kapel..nak merajuk/marah kne lebih dr seminggu..erk!
  • selalu buat keputusan terburu-buru tanpa pikir panjang.
  • kurang pandai menghormat org tua.   <<< xsuke perangai sesiapa pun mcm nie





So..di manakah stage anda wahai kaum adam?? atau teman lelaki kamu kamu kamu? =)
Ini adalah penilaian cikgu berkawan dengan kawan2 lelaki cikgu dan drp pndapat kawan2 lelaki cikgu. Harap tiada yg terasa dan terima kritikan secara membina. =)


p/s: gambar xde kene mngena



Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)