Murid-murid Cikgu Mira

Tuesday, 8 May 2012

Cara mudah tampal manik pd tudung bawal



Assalamualaikum...

Entry mira tak habis2 sal tudung kan kan kan..
Memang la, sebab mira pon pkai tudung, so banyak tentang tudung la. heee
Oleh kerana mira ada tudung bawal yg kosong dan banyak warna, jadi mira dengan suka hati tambah sendiri manik di atas kepala. Mudah!


Beli manik tampal tu kat kedai yang ada jual barang2 jahitan atau kedai yang ada org jual barang2 hantaran tu, banyak pilihan. Pilih mana yang berkenan d'hati. Kalau mira, mira pilih yg banyak manik tapi corak yang simple. 

contoh macam ni

Mula2....

Tudung dibentukkan segitiga. Tanda betul2 atas kepala tu bg "center", pastu lekatkan. Kedudukan manik tu ikut suka la nk ke depan ckit ke, ke belakang ckit ke, janji nanti dah lekat jadi cntik jee. 

Seterika sekali sahaja. Sebabnya nak bagi manik dan plastik tu melekat betul2 kat atas tudung tu. Pastikan suhu seterika tidak terlalu panas.

Kemudian, tudung yang dilipat segitiga tadi dibuka semula, pastikan tudung tu dilapik dengan tudung yang sama di atas manik tu semasa seterika. Plastik manik jangan dibuka dan seterika sehingga manik tadi betul2 melekat pada tudung.

Plastik manik ditarik perlahan-lahan. Kalau manik tu ada yang tak lekat lg, seterika semula bersama plastik sehingga betul2 melekat.

Untuk kesan yang lebih baik, seterika sekali lagi di atas manik tadi.

Terbalikkan tudung, seterika di belakang manik. Okey, SIAP!

Taraaaaa!!  Tadi mira buat kat tudung adik, atas tu tudung mira. ngee~


Senyumlah selalu! Pasti sentiasa muda atau perasan muda. #hewhew


Sebelum tu, jom tgk entry ini >>> Contest Precious Colour <<<





Thanks for reading. Please come again and read my new entry. (^^,)