Assalamualaikum...
Hye semuaaaaa! Ya Allah..BLOG ku! Heeee..
Haaa Mira nak cerita satu benda yg best! heee, kalau xbest korang boleh2 cepat-cepat tekan pangkah tau. HAHAH.
Mengenai inner neck ni ha..
Haaa ni inner neck yg selalu org pakai bila pakai shawl kan. Sebab shawl yg kita pakai tu kadang-kadang jarang. Ustaz kan pernah ckp, pkai tudung tapi nampak tengkuk same la mcm tak pakai tudung. Nauzubillahminzalik..
Mira pergi sekolah selalu juga pakai tudung bawal. Al maklum la kan, tudung bawal yg kita selalu pakai tu jarang. Walaupun kita pakai serkup/anak tudung tetap menampakkan tengkuk kita.
So Mira dulu pakai tudung bawal dan serkup/anak tudung je. Entah macam mana, sampai la satu masa tu mira sedar yg mira pkai tudung bawal nampak tengkuk. Mira rase malu dan rase jahil sgt masa tu. Mira cuba ubah penampilan mira. Mira cari inner neck utk lindung tengkuk mira bila pkai tudung bawal. Tetapi Mira kurang selesa pakai inner neck sebab agak ketat bahagian di tengkuk. Mira mengadu dekat adik kembar mira ni, macam mana nk tutup tengkuk bila pkai tudung bawal. Adik mira bg idea, pakai tudung syria hitam....'
Haaaa! good idea!
Ini syria yg mira beli harga rm7 sahaja, mira dah potong bg pendek sikit dan nak hantar g kedai utk jahit tepi. heheh. Mira potong bg pendek sebab nak bg sesuaikan dgn tudung bawal. sebab tujuan mira pkai syria utk tutup leher daripada tudung bawal yg jarang tu. =)
Kan tak nampak tengkuk tu! heee, ni dah cuba ambil gambar masa tgah panas. =D
Dan paling penting, labuhkan tudung sehingga menutupi dada kita. Biar tidak bertudung labuh tp masih boleh menutup aurat. Bg yg memakai tudung labuh Alhamdulillah cikgu mira ucapkan. InsyaAllah saya juga cuba berubah ke arah yg lebih baik.
Biar tidak cantik di mata manusia tetapi cantik di hadapan Allah swt. =)
Tudung cantik ni daripada Mulawa Fashion. Mira dpt free gift sebab rezeki menang contest dr fb page Mulawa Fashion. =D